Honda e:N1 masuki Malaysia 2025, lihatnya di KLIMS 2024

LocalCars
5 Dec 2024 • 8:03 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Honda di Kuala Lumpur International Mobilitiy Show (KLIMS) 2024 mengumumkan Honda e:N1 akan masuki Malaysia dalam tahun 2025.

image is not available

Sekiranya ia menjadi kenyataan ini adalah EV berkuasa bateri pertama daripada jenama Jepun masuk ke Malaysia. Untuk rujukan, di Sarawak kita sudah ada toyota Mirai yang gunaka hidrogen sebagai sel bahan api.

image is not available

Buat pengetahuan anda, Honda e:N1 EV ini sudahpun dihasilkan di Thailand sejak akhir tahun 2023 yang lalu. Kilang pengeluarannya terletak di Rojana Industrial Park, Prachinburi, Thailand. Dalam pasaran eropah, kereta yang sama dikenali sebagai Honda e:Ny1 yang sudahpun dijual sejak pertengahan Mei 2023 yang lalu.

image is not available

Spesifikasi Honda e:N1

Honda e:N1 boleh dianggap versi elektrik kepada Honda HR-V. Mereka mirip daripada segi rupa dan saiz fizikal. Ia dibangunkan berasaskan e:N Architecture F milik Honda.

image is not available

EV ini dipacu oleh motor elektrik yang disangkut di gandar depan. Output motornya adalah sekitar 160kW (210hp) dengan tork setinggi 310Nm. Angka kuasa itu berlegar sekitar output SUV elektrik popular masa ini yang harga sekitar RM150,000 seperti BYD Atto 3, Chery Omode E5, GAC AION Y Plus, dan yang akan dilancarkan kelak iaitu Proton e.MAS 7.

image is not available

Output motor e:N1 boleh bawanya gerak selaju 160km/j maksimum dengan pecutan ke 100km/j mengambil masa kira-kira 7.7s. Jarak gerak yang diiklankan di pasaran yang sudahpun ia dijual ada 412km (WLTP) berbekalkan bateri lithium-ion 68.8kWh.

image is not available

Apabila perlu dicas, ia menerima arus DC pada paras 78kW yang mengambil masa 45 minit untuk isi 10% ke 80%. Arus AC pula boleh ia terima pada paras 11kW dan mengambil masa 6 jam untuk isian penuh.

image is not available

Di bahagian dalam, pemandu dapat skrin inforia besar 15.1" yang diposisikan dalam keadaan menegak. Ia sokong kedua-dua Apple CarPlay dan Android Auto.

Jemputlah dantang ke KIMLS 2024 yang berlangsung antara 6 hingga 11 Disember 2024 untuk lihat Honda e:N1 dan banyak lagi kereta menarik yang lain.