Honda Malaysia lancar BEV pertama e:N1 berharga RM149,900 seunit

LocalCars
15 May 2025 • 4:32 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Honda Malaysia lancar BEV pertama e:N1 berharga RM149,900 seunit

image is not available

15/05/2025 - 16:32

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 15 Mei – Honda Malaysia melancarkan kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) pertamanya iaitu e:N1 yang berharga RM149,900 seunit.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Narushi Yazaki berkata, pelancaran model e:N1 mengukuhkan lagi barisan kenderaan elektrik (EV) Honda dan memberi lebih banyak pilihan mobiliti kepada rakyat Malaysia selaras dengan strategi perniagaan syarikat tahun ini.

"Kami merancang memperkenalkan dua lagi model EV dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Bagaimanapun, kami akan memantau permintaan pelanggan dan harga pesaing dengan teliti memandangkan pasaran EV sedang berkembang pesat," katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Dikuasakan oleh bateri litium-ion 68.8kWh, e:N1 berupaya menjana kuasa maksimum 150kW dan kuasa kilas 310Nm.

Ia menyokong pengecasan biasa (AC) sehingga 10kW dan dilengkapi dengan pengecasan pantas (DC) sehingga 78kW.

Warna yang tersedia untuk model itu ialah Platinum White Pearl, Aqua Topaz Metallic, dan Urban Gray Pearl.

"Kami telah menerima 200 tempahan dan penghantaran pertama dijangka pada pertengahan Jun. Lapan pengedar sah telah dilantik untuk menguruskan kereta EV ini," tambah Yazaki.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum berkata, pihaknya berharap kerajaan akan melanjutkan insentif, termasuk pengecualian cukai untuk EV yang dipasang secara tempatan (CKD) selepas 2027.

image is not available

"Cadangan ini penting untuk menyokong sasaran negara menjadikan EV 15% daripada jumlah jualan kenderaan menjelang 2030.

"Jika program CKD bermula 2027, pengeluar memerlukan sekurang-kurangnya lima tahun untuk mendapatkan semula pelaburan. Insentif adalah penting bukan sahaja untuk Honda, tetapi industri automotif keseluruhan.

"Sokongan kerajaan amat penting kerana tanpa kesinambungan insentif, ia akan menjadi cabaran bagi Honda memulakan program CKD," katanya.

Kerajaan kini menawarkan insentif seperti pengecualian cukai jualan bagi kenderaan CKD untuk menjadikannya lebih mampu milik. EV import sepenuhnya (CBU) dikecualikan cukai import dan cukai eksais sehingga 31 Disember 2025, manakala EV CKD menikmati pengecualian sehingga 31 Disember 2027.

standard