Amal by Malaysia Airlines meterai kerjasama strategik dengan 13 agensi bagi musim umrah 1447H

LocalTravel
15 May 2025 • 3:49 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Amal by Malaysia Airlines meterai kerjasama strategik dengan 13 agensi bagi musim umrah 1447H

image is not available

15/05/2025 - 15:49

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 15 Mei – Amal by Malaysia Airlines, menjalin kerjasama dengan 13 agensi umrah di seluruh Malaysia bagi musim umrah 1447 Hijrah bermula Jun 2025 sehingga Julai 2026.

Kerjasama itu membolehkan setiap agensi terpilih menerima tempat duduk yang telah disahkan untuk penerbangan Amal, selain akses kepada pakej umrah menyeluruh dan perkhidmatan bernilai tambah.

Amal, yang merupakan cabang haji dan umrah di bawah Malaysia Airlines berkata, langkah itu penting bagi menjamin pengalaman perjalanan yang lancar serta menangani isu pakej tidak sah.

Ketua Pegawai Operasi Amal, Muhammad Najmi Mansor berkata, syarikat kini mengendalikan sehingga empat penerbangan harian dan telah membawa hampir 180,000 jemaah sepanjang 2024.

"Kami hanya bekerjasama dengan ejen berlesen dan dipercayai bagi memastikan tempat duduk sah dan mengelakkan penipuan pakej tidak berdaftar," katanya dalam satu kenyataan. Dibawah adalah senarai 13 agensi yang diluluskan:

image is not available

Tempat duduk tambahan juga ditawarkan kepada ejen sah lain serta tersedia untuk tempahan terus di laman iflyamal.com.

Amal turut menawarkan pakej pada harga kompetitif merangkumi penerbangan eksklusif, sambungan yang lebih baik, dan perkhidmatan darat profesional.

Syarikat turut melancarkan aplikasi mudah alih baharu yang menyediakan tempahan penerbangan, pencarian pakej umrah, serta akses kepada lebih 600,000 penginapan global.

Aplikasi itu dilengkapi ciri gaya hidup Muslim seperti waktu solat, arah kiblat, tasbih digital, dan koleksi doa serta akses ke platform beli-belah Amal Mall.

image is not available

Langkah itu sejajar dengan usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi memperkemas sektor umrah dan melindungi jemaah Malaysia.

Amal yakin kerjasama berterusan dengan agensi yang dilantik akan menjadi tunjang dalam menyediakan pengalaman ibadah yang selamat, mudah, dan profesional.- DagangNews.com

standard