Honda Malaysia Panggil Semula 87,490 Kenderaan – Isu Pam Bahan Api

LocalCars
10 Jun 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula besar-besaran untuk menyelesaikan isu melibatkan dua komponen penting iaitu bilah atau impeller pam bahan api dan pam bahan api tekanan tinggi. Kerosakan komponen ini berisiko menjejaskan enjin dan keselamatan.

87,490 Unit Kenderaan Berdepan Risiko Kerosakan

image is not available

Senarai model kenderaan yang dipanggil balik kerana isu impeller mengembang.

Dalam kenyataannya, Honda Malaysia memaklumkan bahawa bilah pam bahan api yang rosak boleh mengembang selepas terendam dalam bahan api untuk tempoh yang lama. Ini boleh menyebabkan kenderaan gagal dihidupkan atau enjin mati secara tiba-tiba semasa pemanduan. Isu ini melibatkan 84,073 unit kenderaan daripada 10 model tersenarai.

image is not available

Senarai model kenderaan yang dipanggil balik kerana isu membabitkan pam bahan api tekanan tinggi.

Sementara itu, pam bahan api tekanan tinggi pada model yang dipanggil semua pula berisiko retak akibat tekanan dan penggunaan dalam tempoh masa yang lama, sekali gus boleh menyebabkan kebocoran bahan api atau bau petrol dalam kabin. Sebanyak 3,417 unit yang terdiri daripada model Civic dan CR-V terlibat.

Tukar Secara Percuma, Termasuk Model Tamat Waranti

image is not availableimage is not availableimage is not available

Pemilik kenderaan yang terjejas boleh mendapatkan pertukaran komponen berkenaan secara percuma di mana-mana pusat servis Honda yang sah. Tawaran ini turut diberikan kepada kenderaan yang sudah melepasi tempoh waranti.

Honda Malaysia memaklumkan bahawa stok alat ganti akan dihantar secara berperingkat ke seluruh negara.

Semak Status Kenderaan Anda Sekarang

Pemilik boleh membuat semakan sama ada kenderaan terlibat dalam panggilan semula menerusi aplikasi HondaTouch atau laman productrecall.honda.com.my