Honda Malaysia perkenal versi baharu SUV kompak WR-V, harga bermula RM94,900

LocalCars
1 Sep 2026 • 3:14 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Honda Malaysia perkenal versi baharu SUV kompak WR-V, harga bermula RM94,900 Image from: Honda Malaysia perkenal versi baharu SUV kompak WR-V, harga bermula RM94,900 hamden01/09/2026 - 15:14 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 1 Sept - Honda Malaysia hari ini melancarkan New WR-V, SUV kompak yang menerima beberapa penambahbaikan dari segi reka bentuk luaran, ciri dalaman dan teknologi, dengan harga bermula RM94,900.

 

Model yang menjadi SUV peringkat permulaan dalam rangkaian Honda Malaysia itu ditawarkan dalam tiga varian iaitu E, V dan RS, dengan pilihan warna baharu Two-Tone Blazing Red Pearl yang eksklusif untuk varian RS.

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki berkata, pelancaran New WR-V mencerminkan komitmen syarikat untuk terus menambah baik penawaran produknya bagi memenuhi permintaan pengguna Malaysia yang semakin berkembang.

 

“Dibina untuk menawarkan nilai luar biasa, SUV serba boleh ini ini memenuhi keperluan pelbagai gaya hidup, membolehkan pelanggan menikmati keseronokan pemanduan dan kebebasan mobiliti,” katanya.

 

honda2

 

Penampilan lebih sporty

New WR-V mengekalkan gaya moden dan berkeyakinan, selain menerima beberapa kemas kini pada bahagian luaran.

 

Varian RS kini tampil lebih agresif menerusi New Black Front Grille, manakala warna Two-Tone Blazing Red Pearl menggabungkan warna badan terang dengan bumbung berkontras bagi memberikan penampilan lebih segar dan tersendiri.

 

Kesemua varian E, V dan RS kini dilengkapi rim aloi hitam 17 inci sebagai ciri standard.

 

Di bahagian kabin, New WR-V menerima reka bentuk papan pemuka baharu dengan kemasan aksen Dark Steel, selain tempat duduk kulit yang dinaik taraf dengan jahitan merah.

 

Khusus bagi varian RS, ia dilengkapi pencahayaan ambien merah, pengecas tanpa wayar dan kamera pandangan 360 darjah.

 

New WR-V turut menerima sistem 10-inci Display Audio yang menyokong sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto, dengan antara muka lebih besar dan intuitif.

 

honda4

 

Ruang bagasi 380 liter

Walaupun berkonsepkan SUV kompak, New WR-V menawarkan ruang kabin luas serta kapasiti bagasi 380 liter.

 

Tempat duduk belakang boleh dilipat secara 60:40 bagi membolehkan konfigurasi ruang kargo disesuaikan mengikut keperluan.

 

Ia turut menawarkan tiga mod penggunaan ruang iaitu Utility Mode untuk memaksimumkan ruang kargo, Long Mode bagi membawa barangan panjang dan Tall Mode untuk objek yang lebih tinggi.

 

New WR-V ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans seperti berikut:

  • WR-V E: RM94,900
  • WR-V V: RM98,900
  • WR-V RS: RM104,900

 

Honda Malaysia berkata penawaran tiga varian dengan ciri yang dipertingkatkan itu bertujuan memberikan nilai lebih baik serta memenuhi keperluan pengguna yang mencari SUV kompak dengan gabungan gaya, praktikaliti dan teknologi. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved