Honda N-Box Joy, Nampak Comel Tapi Lasak

LocalCars
24 Sep 2024 • 12:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Bagi yang gemar melakukan aktiviti perkhemahan mungkin berasa lega apabila Honda N-Box Joy sudah dilancarkan secara rasminya di Jepun, baru-baru ini.

Jentera ini menerima beberapa penambahbaikan memandangkan ia dibina berdasarkan generasi ketiga Honda N-Box, yang diperkenalkan tahun lalu.

image is not availableimage is not available

Antara penambahbaikan yang dilakukan ialah bamparnya direka semula, ada saluran udara dan dipadankan dengan gril hitam, serta rim retro.

image is not available

Jika diamati dengan lebih dekat,biarpun N-Box Joy ini kelihatan comel tetapi ia agak lasak berbanding kereta kei yang lain.

Mujur, Honda menawarkan beberapa aksesori pilihan untuk menyerlahkan ia sesuai digunakan untuk aktiviti perkhemahan.

Ini kerana terdapat gril hadapan serba hitam dengan huruf Honda di bahagian atas, lampu kabus LED yang dipasang pada bampar, rak bumbung dan spoiler belakang.

image is not available

Menjengah bahagian kabinnya,, N-Box Joy didatangkan dengan upholsteri kalis air, tempat duduk belakang boleh dilipat rata. Ini membuatkan para pemiliknya boleh menjadikan ia sebagai ruang untuk tidur sambil menikmati pemandangan dari pintu but terbuka.

image is not availableimage is not available

Tidak ketinggalan, ia hadir dengan paparan digital 7-inci, pilihan sistem infotainment 9-inci, serta stereng dua jejari.

Apa yang menarik, Honda N-Box Joy menawarkan dua pilihan enjin: enjin tiga silinder 658cc tanpa turbo yang mampu menghamburkan kuasa setakat 58hp, manakala versi turbo pula, 63hp.

Kedua-dua varian menggunakan transmisi CVT, dengan pilihan pacuan dua roda (2WD) atau empat roda (4WD).

Mengenai harga, Honda N-Box Joy versi 2WD dijual bermula dari ¥1,844,700 (RM53,760) manakala varian 4WD dengan turbo berharga sekitar ¥2,178,000 (RM63,498).