Honda WR-V Malaysia: Ini pesaing Perodua Ativa yang tak perlukan turbo

Cars
13 Jul 2023 • 12:04 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Honda hari ini telah mengumumkan sebuah kenderaan baharu. Honda WR-V berada dalam kategori subcompact crossover SUV bersama-sama seperti model seperti Honda HRV, Perodua Ativa, Proton X50. Buat peminat kereta berjenama Honda, ini adalah pilihan yang boleh dipertimbang sekiranya anda tak mahukan City Hatchback dan kalau H-RV berada di luar bajet.

image is not available

Harga Honda WR-V di Malaysia

Berikut adalah harga jualan Honda WR-V di Malaysia:

  • Honda WR-V S RM89,900
  • Honda WR-V E RM95,900
  • Honda WR-V V RM99,900
  • Honda WR-V RS RM107,900

image is not available

Perlu diingatkan yang harga ini bukanlah harga OTR iaitu tanpa perlindungan insurans dan juga lain-lain fi pendaftaran. Sebagai perbandingan, berikut adalah harga pesaing Ativa:

  • Ativa X – RM62,500
  • Ativa H – RM67,300
  • Ativa AV – RM72,600

Seperti biasa, Honda meletakkan produk mereka lebih tinggi daripada kereta berjenama tempatan melalui harga yang lebih tinggi dan jangan dilupakan Honda sendiri ada model yang sudahpun menduduki ruang-ruang harga tersebut, contohnya Honda City Hatchback. Berikut adalah senarai harganya:

  • Honda City Hatchback S – RM78,900
  • Honda City Hatchback E – RM86,900
  • Honda City Hatchback V – RM91,900
  • Honda City Hatchback V-Sensing – RM95,900
  • Honda City Hatchback RS – RM109,800

image is not available

Berita baik buat peminat ciri-ciri canggih pada kereta. Honda Lane Watch diberikan untuk semua varian manakala Honda Sensing ditawarkan bermula varian E dan ke atas.

Spesifikasi Honda WR-V di Malaysia

Ini adalah model yang agak baru dalam dunia. Ia diperkenalkan dalam tahun 2017 dan yang masuki Malaysia adalah generasi ke-2 yang diperkenalkan di Indonesia dalam tahun 2022. Daripada depan, ia mirip Honda HR-V terutamanya pada grill depan.

image is not available

Disebabkan ia berada dalam kategori SUV subcompact crossover anda boleh jangkakan kelegaan daripada tanah yang agak besar. Kereta ini ada kelegaan sebanyak 22cm dan sebagai perbandingan, Honda City Hatchback mempunyai kelegaan sebanyak hampir 14cm. 8cm beza lebih kurang sejengkal.

image is not available

Orang-orang tua pastinya akan menyukai kereta ini sebab tak perlu terlalu struggle untuk keluar kereta. Lagi satu, kalau nak redah banjir, seakan lebih yakin dengan WR-V berbanding Honda City walaupun entah-entah tiada perbezaan pun.

Untuk sebuah kereta moden, semua pencahayaan kenderaan ini kini menggunakan teknologi LED daripada lampu DRL hinggalah ke lampu membelok depan dan belakang. Lebih menarik, lampu signal kereta ini sedia sequential, tak perlu beli komponen pihak ketiga untuk naik taraf.

image is not available

Di bahagian enjin, Honda WR-V digerakkan oleh enjin 1.5L i-VTEC yang menghasilkan 121PS dan tork setinggi 145Nm. Sebagai perbandingan, Perodua Ativa memiliki enjin 1.0L dengan kuasa sedikit rendah pada 98PS. Walau bagaimanapun, daripada segi pecutan, mereka hampir sama hebat dengan Ativa memiliki daya kilas 140Nm, sedikit sahaja lebih rendah daripada WR-V hasil penggunaan turbo.

image is not available

Di dalam kabin, WR-V dilengkapi dengan sistem inforia 7" yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Audio ke udara melalui sistem 4 speaker yang terletak di setiap satu pintu.

image is not available

Varian RS adalah yang paling banyak menerima ciri-ciri keselamatan dan bantu pandu. Bermula daripada sistem keselamatan pasif, kereta ini menerima:

  • 4 beg udara
  • Vehicle Stability Assist
  • Hill Start Assist
  • ABS
  • EBD

image is not available

Untuk sistem keselamatan aktif, ia dikumpulkan dalam pakej Honda Sensing yang terdiri daripada:

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation System With Lane Departure Warning (RDM + LDW)
  • Auto High-Beam (AHB)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lead Car Departure Notification System (LCDN)
  • LaneWatch

image is not available

Untuk varian yang bawah daripada RS, ada beberapa komponen yang berbeza. Contohnya varian S, E, dan V menggunakan tayar bersaiz 16". Kemudian Honda Sensing hadir untuk varian E dan keatas tapi yang bagusnya Honda Lane Watch ada untuk semua varian.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.