Nampaknya, drama “Show Business” akan menemui penonton dengan ramai pelakon hebat!
Terbaru, Honey Lee dilapor akan sertai Gong Yoo dan Song Hye-kyo dalam drama baru ditulis Noh Hee-kyung, berjudul “Show Business”.
Namun, agensi wanita itu masih belum memberi sebarang respon lagi setakat ini.
Sebelum ini, Seol-hyun juga menerima tawaran untuk membintangi drama yang sama dan masih dalam perbincangan lagi.

Sementara itu, “Show Business” akan membawa kisah dunia hiburan yang berkembang pesat selepas Perang Korea dan kehidupan bintang di atas pentas serta orang yang menciptanya.
Nantikan info lanjut!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Honey Lee Dilamar Sertai Song Hyekyo & Gong Yoo Dalam Drama Terbaru Noh Heekyung first appeared on KimchiDaily.my.



