Hong Kong Berubah Menjadi Winter Wonderland: Percutian Akhir Tahun Anda Menanti

Travel
12 Nov 2025 • 12:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hong Kong Berubah Menjadi Winter Wonderland: Percutian Akhir Tahun Anda Menanti

Rakyat Malaysia yang mencari percutian akhir tahun yang penuh keajaiban boleh merasai semangat perayaan seperti tidak pernah sebelum ini di Hong Kong WinterFest! Dari 14 November 2025 hingga 4 Januari 2026, kawasan Central bandar ini akan diubah menjadi Winter Wonderland yang menakjubkan, membawa kegembiraan dan kilauan Krismas melalui lampu berwarna-warni, pengalaman imersif, dan perayaan yang menghangatkan hati.

image is not available

Mengubah Central Menjadi Winter Wonderland

Dari 28 November 2025 hingga 4 Januari 2026, Central Hong Kong akan hidup dengan suasana luar biasa melalui debut ‘Immersive Light Show in Central’ yang pertama, di mana lapan bangunan ikonik diubah menjadi kanvas 3D beriluminasi dan muzik perayaan – satu pertunjukan magik yang menerangi bandar dan menangkap semangat musim ini.

Mulai 14 November, pengunjung dari semua peringkat umur boleh melangkah ke Christmas Town di Statue Square Garden, sebuah taman perayaan yang dihias dengan tema mainan berwarna-warni seperti kapal angkasa, patung boneka, dan kereta api mini.

image is not available

Tarikan utama adalah pokok Krismas luar yang setinggi 20 meter, dibalut dengan reben berkilauan seperti hadiah raksasa, menyinari seluruh kawasan taman. Kemeriahan perayaan akan diserikan lagi dengan persembahan lagu-lagu Krismas secara langsung dan kunjungan mengejut oleh Santa Claus, sementara pasar Krismas dengan 12 gerai akan dibuka mulai 28 November, menawarkan juadah musim, hadiah, dan bengkel interaktif.

Sebagai lanjutan semangat perayaan, Chater Road akan diubah menjadi Starlight Boulevard, dengan lebih 30 pokok dihias lampu berkilau, jambatan pejalan kaki yang bersinar, dan pemasangan pokok Krismas gantung di atas Chater House. Bermula 5:00 petang setiap hari, pengunjung boleh menikmati pengalaman luar yang keajaiban di Chater Road.

image is not available

Di LANDMARK Atrium, pengunjung boleh menjelajahi Noëlia, sebuah pemasangan menakjubkan seluas 30 meter dengan rumah api setinggi 11 meter dan Wishing Lake interaktif terbesar Hong Kong seluas 12×12 meter – lokasi sempurna untuk bergambar kenangan musim perayaan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Pengerusi HKTB, Dr Peter Lam berkata,
“Hong Kong WinterFest tahun ini dibentangkan dalam format baharu,menampilkan susunan acarapaling meluas dan kaya setakat ini. Kami berhasrat untuk mewujudkan suasana perayaan yang menyeluruh di seluruh bandar dan memperkukuh kedudukan Hong Kong sebagai destinasi pelancongan musim sejuk utama di Asia. Kami berbesar hati bekerjasama dengan Hongkong Land untuk menjadikan Central sebagai Winter Wonderland. Bersama dengan ‘Immersive Light Show in Central’ yang baharu ini, Central akan menjadi destinasi perayaan baharu yang menakjubkan.”

image is not available

Tawaran Perayaan di Seluruh Bandar

Untuk menjadikan percutian anda lebih bermakna, Hong Kong Tourism Board (HKTB) bekerjasama dengan jenama pelancongan dan runcit untuk melancarkan kempen WinterFest Delights pada bulan Disember. Promosi ini menampilkan lebih daripada 300 tawaran eksklusif untuk makan, beli-belah, tarikan pelancongan, dan pengangkutan. Semua tawaran ini boleh didapati melalui platform dalam talian sehenti, memudahkan pengunjung merancang dan menikmati percutian musim sejuk yang tidak akan dilupakan.

image is not available

Selain di Central, pusat beli-belah, taman tema, hotel, dan tarikan pelancongan Hong Kong akan dihias dengan dekorasi perayaan dan menganjurkan pelbagai sambutan Krismas dan Tahun Baru. Kemuncak perayaan? Pertunjukan bunga api countdown Tahun Baru, yang menerangi Victoria Harbour dengan spektakel memukau, menyambut 2026 dengan kegembiraan dan keajaiban.

image is not available

Sama ada untuk menangkap detik menarik di Instagram di bawah sinaran lampu berkilauan, menikmati beli-belah musim perayaan, atau merasai tarikan bertaraf dunia, Hong Kong menjanjikan rakyat Malaysia percutian musim sejuk yang tidak dapat dilupakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hong Kong WinterFest, sila lawati: http://www.discoverhongkong.com/winterfest

The post Hong Kong Berubah Menjadi Winter Wonderland: Percutian Akhir Tahun Anda Menanti appeared first on Siakap Keli.