
Wanita Rusia Kongsi Pengalaman Berbeza Ketika Naik Teksi Di Malaysia & Hong Kong
Malaysia sering menjadi destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia. Keindahan alam semula jadi, kepelbagaian budaya serta keunikan makanan tempatan menjadikan negara ini tarikan utama di rantau Asia Tenggara.
Tidak kira sama ada pelancong datang untuk menikmati pantai yang memukau, mendaki gunung atau meneroka keunikan bandar moden, Malaysia menawarkan pengalaman yang sukar dilupakan.
Selain itu, negara ini terkenal dengan sifat rakyatnya yang peramah dan mesra, malah sifat ini turut menjadi antara daya tarikan utama kepada pelancong dari dalam dan luar negara.
Tidak kira di bandar mahupun di luar bandar, rakyat Malaysia lazimnya mudah tersenyum, ramah menyapa dan sedia membantu sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.
Wanita Rusia dedah pengalaman ketika menaiki teksi di dua negara
Baru-baru ini, satu perkongsian di media sosial menarik perhatian ramai apabila seorang wanita warga Rusia mendedahkan dua pengalaman berbeza yang dialaminya ketika menaiki teksi di Malaysia dan Hong Kong.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @zhurchika di TikTok, wanita berkenaan memaparkan dua situasi berbeza dalam satu rakaman, apabila dia hanya mendiamkan diri dan memandang ke luar tingkap ketika menaiki teksi di Hong Kong.
Situasi itu menjadi janggal apabila wanita berkenaan cuba memulakan perbualan dengan pemandu teksi.
Ketika berada di Malaysia, @zhurchika kelihatan gembira dan selesa semasa berbual mesra dengan pemandu teksi yang dinaikinya. Malah, dia terus berborak tanpa henti sambil merakam pengalamannya.
“Inilah yang perlu dijangkakan apabila anda melancong ke Malaysia, berbual hampir dianggap sebagai satu ‘sukan’ di sini,” katanya di ruangan kapsyen.
Video berkenaan mendapat 151.4k tontonan setakat ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi apabila menonton video tersebut.
Di samping itu, ramai yang bersetuju dengan pandangan @zhurchika bahawa rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap peramah dan mesra terhadap orang lain.
“Jaga-jaga waktu lunch, nanti kena join sekali makan tengah hari,” gurau seorang wargamaya.
“Saya belajar begitu banyak perkara dengan berbual bersama pemandu Grab di Malaysia. Tentang ekonomi dunia, peluang perniagaan, budaya, dunia automotif dan adakala kisah peribadi mereka,” komen seorang lagi wargamaya.
BACA: “Reply Titik Pun Jadilah,” Abang Kurier Titip Pesanan Kepada Pelanggan Bayar Online
@zhurchika
This is what to expect when you travel to Malaysia, chatting is basically a sport here.
♬ original sound – Zhurchika – Zhurchika
Sumber: @zhurchika via TikTok
The post Wanita Rusia Kongsi Pengalaman Berbeza Ketika Naik Teksi Di Malaysia & Hong Kong appeared first on Siakap Keli.



