Hong Kong ‘Destinasi’ Terbaharu Filem Sheriff, Digemari Selebriti Terkenal Eric Tsang

Entertainment
7 Jun 2024 • 1:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kegagalan filem Sheriff di Indonesia nyata tidak mematahkan semangat Syafiq Yusof yang kini memasarkan filem berkenaan di Hong Kong pula.

Lebih membanggakan, selebriti terkenal dari negara berkenaan, Eric Tsang menggemari filem berkenaan sehinggakan dia ingin berlakon sekiranya ada Sherif 2.

Perkara tersebut didedahkan oleh Syafiq dalam satu posting di X baru-baru ini yang turut mengucapkan terima kasih kepada Eric kerana sempat mempromosikan filem berkenaan di Hong Kong.

Menerusi hantaran video yang diambil ketika tayangan perdana filem Sheriff di Hong Kong baru-baru ini, kelihatan pelakon tersebut mempromosikan filem Sheriff dan sempat berseloroh ingin berkerjasama dengan pengarah tersebut.

“Jangan lupa saksikan Sheriff di Hong Kong, ini pengarah saya, dia jemput saya hari ini, untuk hasilkan filem gengster”

Selain Eric, tayangan perdana Sheriff turut dihadiri oleh ramai penggiat filem di Hong Kong.

image is not available

Terdahulu, Syafiq juga ada mengulas tentang kegagalan Sheriff di Indonesia dan menafikan dakwaan kononnya penonton di sana tidak menyokong filem Malaysia.

Tambahnya lagi, dia meletakkan kesalahan tersebut di atas dirinya sendiri dan akui Sheriff masih jauh sekiranya ingin dibandingkan dengan filem aksi daripada Indonesia.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.