Honor 600 Dan 600 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM2599

LocalTechnology
22 Apr 2026 • 4:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Honor 600 dilancarkan di Malaysia sebentar tadi. Ia membawa pelbagai ciri serta fungsi terkini dalam kelasnya malah turut diposisikan semula sebagai pilihan mercu pada harga lebih berpatutan. Untuk rekod, siri nombor Honor sebelum ini lebih berfokus kepada segmen pertengahan premium.

Image from: Honor 600 Dan 600 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM2599
Honor 600 dan 600 Pro

Honor 600 Pro dilengkapi dengan skrin 6.57-inci OLED rata yang menyokong kadar segar semula 120Hz, resolusi 2728×1264, kepadatan piksel 458 PPI serta kecerahan HDR sehingga 8000 nits. Ia juga menyokong penstriman HDR daripada Netflix dan Amazon sebagai nilai tambahan menarik. Peranti ini juga dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 4 bersama pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Image from: Honor 600 Dan 600 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM2599
Image from: Honor 600 Dan 600 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM2599

Dari segi kamera, Honor 600 Pro hadir dengan kamera utama 200MP Super Sensing dengan bukaan f/1.9 (sokongan CIPA 6.0 OIS), telefoto 50MP dengan bukaan f/2.8 (CIPA 6.5 OIS serta kemampuan zum sehingga 120x), ultra-lebar/makro 12MP serta sokongan sensor warna. Untuk swafoto, ia dilengkapi kamera 50MP Portrait Selfie dengan bukaan f/2.0.

Image from: Honor 600 Dan 600 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM2599
Honor 600 Pro
Image from: Honor 600 Dan 600 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM2599
Honor 600 Pro
Image from: Honor 600 Dan 600 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM2599
Honor 600 Pro

Honor turut menekankan kemampuan fotografi berasaskan kecerdasan buatan generasi baharu termasuk AI Super Zoom 2.0 sehingga 120x, AI Color Engine, AI Enhanced Night dan Night Portrait yang eksklusif untuk versi Pro. Melalui MagicOS 10 berasaskan Android 16, fungsi suntingan imej berasaskan AI turut dipertingkatkan dengan AI Image to Video 2.0, AI Photo Agent, Moving Photo Eraser, Magic Color, AI Outpainting, AI Eraser, AI Cutout, Face Tune serta AI Beauty.

Image from: Honor 600 Dan 600 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM2599
Image from: Honor 600 Dan 600 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM2599
Image from: Honor 600 Dan 600 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM2599

Melengkapi peranti lagi adalah bateri 7000mAh Silicon-carbon Battery dengan sokongan pengecasan pantas 80W Honor SuperCharge dan 50W Wireless Honor SuperCharge. Ia turut melepasi pensijilan SGS 5-Stars Premium Performance Certification of Drop & Crush Resistance di samping penarafan IP68/IP69/IP69K.Sementara itu, audionya dilengkapi pembesar suara stereo bersama sistem pengurangan hingar dwi-mikrofon.

Image from: Honor 600 Dan 600 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM2599
Honor 600

Honor 600 turut dilengkapi sebahagian besar fungsi yang hampir sama dengan versi Pro. Ini termasuk skrin 6.57-inci AMOLED FHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz serta kecerahan puncak 8000 nits. Namun, cip pemprosesan berbeza dengan penggunaan Snapdragon 7 Gen 4 bersama memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Image from: Honor 600 Dan 600 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM2599

Ia juga membawakan kamera utama 200MP dengan bukaan f/1.9 dan sokongan CIPA 6.0 OIS kemudian digandingkan dengan ultra-lebar serta makro 12MP dan sensor warna tanpa telefoto seperti pada versi Pro. Ia turut hadir dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W di samping lain-lain spesifikasi termasuklah perlindungan IP68/IP69/IP69K serta pembesar suara stereo.

Image from: Honor 600 Dan 600 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM2599
Image from: Honor 600 Dan 600 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM2599

Di Malaysia, Honor 600 Pro ditawarkan pada harga bermula RM3,099 (12/256GB) dan RM3299 (12/512GB). Manakala Honor 600 pula boleh didapati pada RM2,599. Lebih menarik terdapat rebat segera sebanyak RM200 yang menjadikan harga peranti ini bermula hanya RM2,399 (256GB) bagi versi standard kemudian RM2,899 (256GB) dan RM3099 (512GB) untuk versi Pro sepanjang tempoh pratempahan sehingga 29 April 2026.