Bosan dengan gambar statik? Bayangkan betapa menariknya jika setiap gambar boleh bertukar menjadi video pendek dengan jalan cerita kreatif. Dengan teknologi AI Image-to-Video 2.0 pada HONOR 600 Pro, semua itu kini boleh direalisasikan dengan mudah. Telefon pintar terbaharu daripada HONOR ini direka khusus untuk menyerlahkan kreativiti anda seiring dengan gaya hidup digital masa kini.

Mungkin ada yang beranggapan ia bukanlah sesuatu yang baharu bagi jenama ini hakikatnya HONOR telah melakukan beberapa peningkatan menarik pada versi baharu ini. Hasilnya, penghasilan kandungan menjadi lebih menyeronokkan, di samping imej statik lebih menyerlah sebagai video pendek unik yang mempamerkan kreativiti anda sekali gus membuktikan bahawa HONOR terus mendahului trend generasi baharu.
Foto Jadi Video Kreatif
Jika sebelum ini proses penjanaan video hanya mampu menghasilkan gerakan asas, kini pengguna boleh memanfaatkan ciri Multi-Image Input untuk menggabungkan sehingga tiga gambar statik menjadi video pendek. Kreativiti dipertingkatkan lagi dengan sokongan Arahan Teks (Text Prompt), di mana pengguna hanya perlu memasukkan arahan seperti “perubahan keadaan dari siang ke malam” dan AI akan menjana video mengikut arahan tersebut dengan hasil yang lebih realistik dan menarik.

Lebih menarik lagi, arahan teks ini turut menyokong sepenuhnya bahasa Malaysia, jadi anda boleh terus berkarya dengan mudah. Jika anda kurang idea, HONOR turut menyediakan template sinematik dengan lebih 10 kesan khas yang mudah difahami dan seronok ditonton seperti Bullet Time, Dolly Zoom dan Drone Pullback. Pilih sahaja mengikut kesesuaian dan semuanya boleh dilakukan terus daripada telefon pintar tanpa perlu bergantung pada perisian suntingan.

Sistem Kamera Dipertingkatkan
Kehebatan kamera telefon ini diteruskan lagi dengan sistem kamera yang dinaiktaraf. Meskipun masih menggunakan kamera 200MP seperti generasi sebelumnya, HONOR telah menaiktaraf sensor dalaman dengan saiz lebih besar yang dikatakan paling besar dalam kelasnya. Kehebatan ini digabungkan dengan teknologi AI Re-mosaic yang mampu menggabungkan 16 piksel menjadi satu sekali gus menjadikan saiz piksel lebih besar dan lebih sensitif terhadap cahaya.
















Hasilnya, kamera menjadi 24% lebih baik dalam menangkap cahaya sekali gus membolehkan gambar diambil dengan jelas dalam pelbagai keadaan termasuk pencahayaan rendah. Keadaan inilah yang menjadikan kamera telefon ini mampu menghasilkan gambar yang lebih tajam, penuh butiran dan rakaman malam kelihatan lebih hidup serta bermaya.

Lebih menarik perhatian, HONOR turut melengkapkan peranti dengan sensor telefoto 50MP. Apabila pengguna menggunakan sokongan zum melebihi 7X kemudiannya ciri AI Super Zoom akan diaktifkan secara automatik. Di sinilah, pengguna boleh memilih sama ada mahu menggunakannya atau tidak dengan hanya klik pada ikon yang disediakan.
Selain itu, sokongan zum boleh digunakan sehingga 120 kali yang menjadikannya satu peningkatan besar berbanding generasi sebelumnya yang hanya terhad pada maksimum 50X. Dengan keupayaan zum yang lebih baik ini, HONOR cuba menampilkan kamera yang bukan sahaja kukuh dari segi spesifikasi tetapi juga memberi pengalaman fotografi yang lebih praktikal untuk kegunaan harian.




Apa yang menjadikan kamera HONOR 600 Pro lebih meyakinkan ialah sistem penstabilan terbina yang canggih. Kali ini HONOR menggunakan sokongan CIPA Grade 6.0 untuk kamera utama dan CIPA Grade 6.5 untuk telefoto. Ini bermakna, walaupun anda merakam sambil berjalan atau hanya memegang telefon dengan satu tangan, hasil gambar tetap jelas dan bebas daripada kesan kabur.
Tahap penstabilan ini setara dengan peranti mercu Magic8 Pro sekali gus menjadikan rakaman lebih stabil dan konsisten. Ini memberi keyakinan tambahan kepada pengguna bahawa kamera HONOR 600 Pro bukan sahaja berkuasa dari segi resolusi dan zum tetapi juga praktikal untuk kegunaan harian tanpa perlu risau tentang gegaran tangan.
Keupayaan Kamera AI Pintar
Seterusnya yang menjadikan peranti ini lebih menarik ialah ciri-ciri AI terbina yang melengkapkan lagi pengalaman fotografi. HONOR bukan sekadar menawarkan kamera berspesifikasi tinggi malah turut menambah teknologi pintar yang menjadikan proses merakam gambar lebih mudah serta hasilnya lebih memuaskan.

Fungsi AI Enhanced Night memastikan gambar malam dari ultra lebar hingga zoom 10x masih terang dengan butiran jelas, manakala swafoto 50MP dengan AI Night Portrait pula membantu menghasilkan swafoto malam yang lebih cerah tanpa perlu risau tentang pencahayaan gelap. Siri N kali ini turut hadir dengan AI SuperMoon 2.0 yang akan aktif secara automatik apabila kamera mengesan bulan sekali gus memudahkan pengguna merakam imej bulan yang tajam tanpa perlu tetapan rumit.

Selain itu, Moving Photo Editing 2.0 membolehkan pengguna menyingkirkan individu yang lalu lalang dalam Live Photos ataupun menghasilkan kolaj dengan kesan pop-out. Seterusnya, bagi mereka yang sering berasa kaku ketika bergambar, AI Pose Suggestion pula memberikan cadangan pose agar hasil gambar kelihatan lebih semula jadi dan hidup. Lebih-lebih lagi, Magic Color membolehkan pengguna menukar tona warna dengan sekali sentuhan lantas menjadikan suasana gambar terus selari dengan mood.

Akhir sekali, AI Photo Agent yang boleh diakses melalui AI Button terbina untuk memberikan kawalan penuh terhadap proses suntingan menggunakan suara atau teks, merangkumi fungsi AI Composition, AI Color Enhancement, Object Removal dan AI Style. Ringkasnya, semua alat suntingan kini tersedia dalam satu platform, justeru pengalaman fotografi menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.
Gaya Moden Dengan Warna Ikonik

Cukup mengenai kamera, sekarang beralih pula pada perkakasan dalaman dan kemasan yang sememangnya dilihat baik dalam kelasnya. HONOR memperkenalkan gaya baharu dengan rangka sepenuhnya rata bersama susunan kamera belakang yang kemas, malah pilihan warna jingga yang cukup menyerlah menjadikan telefon ini mampu menarik perhatian sebaik sahaja dipandang. Bagi mereka yang lebih gemar gaya santai, tersedia juga pilihan warna hitam dan perak yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas seterusnya kekal sesuai untuk pelbagai gaya pengguna.
Perkakasan Dalaman Mantap
Dari segi dalaman, HONOR 600 Pro menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 4 yang terkenal bukan sahaja kerana kelajuan malah kerana kecekapan tenaga. Hasilnya, pengalaman bermain permainan video terasa lancar manakala multitasking pula berjalan tanpa gangguan.

Ditambah pula dengan bateri besar 7000mAh walaupun badan telefon kekal nipis, ketahanan jelas lebih lama. Malah, ia turut disokong oleh AI Battery Scheduling Engine yang bijak menyesuaikan penggunaan mengikut corak harian pengguna. Seterusnya, untuk pengecasan, telefon ini menawarkan 80W berwayar, 50W nirwayar serta fungsi power bank nirwayar 27W yang membolehkan pengguna mengecas peranti lain dengan mudah.

Ketahanan juga tidak dikompromi dengan sokongan IP69K serta pensijilan SGS 5 Bintang sekali gus menjadikannya lebih lasak untuk kegunaan harian. Seterusnya, skrin menerima peningkatan besar dengan kecerahan puncak sehingga 8000 nits, justeru paparan kekal jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik. Lebih menarik, skrin HONOR 600 Pro turut dilengkapi ciri Eye Care yang menjadikan paparan bukan sahaja cantik malah mesra mata bagi membolehkan pengguna menatap skrin lebih lama dengan selesa.

Rebat RM200 Lebih Murah!
HONOR 600 Pro kini rasmi berada di pasaran Malaysia dengan harga bermula RM3,099 untuk versi 12/256GB dan RM3,299 bagi versi 12/512GB. Bagi yang mencari pilihan lebih berbaloi, HONOR turut menawarkan HONOR 600 pada harga RM2,599 untuk versi 12/512GB. Menariknya, terdapat tawaran istimewa rebat RM200, menjadikan harga HONOR 600 Pro bermula RM2,899 manakala HONOR 600 pula RM2,399.

Dengan gabungan kamera berkuasa AI, cip Snapdragon 8 Elite Gen 4, bateri besar 7000mAh serta skrin ultra cerah 8000 nits, siri ini mencuba menepati ciri premium yang diidamkan. Jadi, tunggu apa lagi inilah masa paling sesuai untuk melakukan naik taraf ke telefon pintar premium yang bukan sahaja berkuasa malah bergaya.
Penafian: Advertorial dari HONOR Malaysia.




