Siri Huawei Watch Fit 5 Memasuki Global Dengan Kemampuan Kesan Tanda Awal Diabetes Dan Bateri 10 Hari

TechnologyHealth & Fitness
7 May 2026 • 5:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Huawei Watch Fit 5 Memasuki Global Dengan Kemampuan Kesan Tanda Awal Diabetes Dan Bateri 10 Hari

Huawei telah melancarkan dua jam tangan pintar baharu dalam acara di Bangkok sebentar tadi. Kedua-duanya hadir dengan reka bentuk lebih moden serta menawarkan pelbagai penambahbaikan dari segi prestasi, ciri kesihatan dan pengalaman pengguna.

Image from: Siri Huawei Watch Fit 5 Memasuki Global Dengan Kemampuan Kesan Tanda Awal Diabetes Dan Bateri 10 Hari
Image from: Siri Huawei Watch Fit 5 Memasuki Global Dengan Kemampuan Kesan Tanda Awal Diabetes Dan Bateri 10 Hari

Seperti model sebelumnya, versi terbaharu khususnya Pro menggunakan kerangka aloi titanium yang dipadankan dengan tali anyaman untuk memberikan rasa lebih ringan dan selesa. Tubuh jam juga masih mengekalkan bentuk empat segi dengan sisi membulat serta dilengkapi sistem tombol boleh diputar dan butang khusus di bahagian bawah.

Image from: Siri Huawei Watch Fit 5 Memasuki Global Dengan Kemampuan Kesan Tanda Awal Diabetes Dan Bateri 10 Hari

Huawei Watch Fit 5 Pro hadir dengan skrin 1.92″ AMOLED (480 x 480 piksel) bersama kaca Sapphire 2.5D, bezel titanium aloi, serta rangka aloi aluminium dan seramik nano untuk memberikan reka bentuk premium. Menariknya lagi, ia turut mampu mengesan tanda awal risiko diabetes melalui kajian kesihatan yang dibangunkan khusus untuk fungsi pemantauan awal.

Image from: Siri Huawei Watch Fit 5 Memasuki Global Dengan Kemampuan Kesan Tanda Awal Diabetes Dan Bateri 10 Hari
Image from: Siri Huawei Watch Fit 5 Memasuki Global Dengan Kemampuan Kesan Tanda Awal Diabetes Dan Bateri 10 Hari

Jam ini turut dilengkapi GPS satelit dwi-jalur bersama teknologi Sunflower Positioning, serta menawarkan lebih 100 mod senaman termasuk Free Diving, fungsi kecergasan seperti Cycling Assistant dan Golf Mode. Ia juga menyokong ECG, pemantauan tidur, apnea tidur, kesihatan emosi 2.0, kekakuan arteri dan HRV. Selain itu, ia menyediakan mod senaman mini dengan 30 latihan bersama ikon animasi panda comel, pengesanan jatuh, serta mod golf yang dipertingkatkan dengan lebih 17,000 peta.

Image from: Siri Huawei Watch Fit 5 Memasuki Global Dengan Kemampuan Kesan Tanda Awal Diabetes Dan Bateri 10 Hari
Image from: Siri Huawei Watch Fit 5 Memasuki Global Dengan Kemampuan Kesan Tanda Awal Diabetes Dan Bateri 10 Hari

Tidak ketinggalan, jam ini turut menawarkan aplikasi eksklusif untuk sukan berasaskan raket seperti pickleball, badminton dan tenis. Tambahan pula, ia menyokong pembayaran TNG QR, penarafan IP6X, serta hadir dengan storan dalaman 64GB dan bateri 471mAh yang mampu bertahan sehingga 10 hari. Ia juga serasi digunakan bersama iPhone dan Android yang menjadikannya pilihan serba baik untuk gaya hidup aktif.

Image from: Siri Huawei Watch Fit 5 Memasuki Global Dengan Kemampuan Kesan Tanda Awal Diabetes Dan Bateri 10 Hari

Seterusnya, Huawei Watch Fit 5 versi asas hadir dengan skrin AMOLED 1.82 inci dengan kecerahan sehingga 2500 nits. Model ini dilengkapi kebanyakan sensor terbina seperti versi Pro, namun tidak menyokong ECG dan Depth Sensor. Selain itu, ia juga tidak menawarkan fungsi pengesanan risiko awal diabetes, kekakuan arteri, mod Freedive, Cycling Assistant, dan Golf Mode seperti yang terdapat pada versi Pro.

Image from: Siri Huawei Watch Fit 5 Memasuki Global Dengan Kemampuan Kesan Tanda Awal Diabetes Dan Bateri 10 Hari

Meskipun begitu, jam ini direka untuk pengguna yang mahukan peranti lebih ringan tanpa ciri tambahan. Ia masih dilengkapi mikrofon dan pembesar suara bersama perakam suara terbina bagi membolehkan pengguna mencatat idea terus melalui pergelangan tangan. Dari segi ketahanan bateri, Huawei mendakwa ia mampu bertahan sehingga 7 hari dengan penggunaan biasa atau sehingga 10 hari dengan penggunaan ringan.