Honor 90 Bakal Ke Pasaran Malaysia Pada 20 Julai

TechnologyDigital
10 Jul 2023 • 10:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor 90 telah disahkan bakal hadir ke pasaran Malaysia dan kini tarikh pelancaran dikongsi secara terbuka. Ia dijadualkan pada 20 Julai akan datang yang juga boleh ditonton secara atas talian bermula jam 8 malam di Facebook rasmi Honor Malaysia. Segala persoalan mengenai peranti ini bakal terjawab pada tarikh berkenaan kelak, termasuklah harga jualan, ketersediaan dan lain-lain.

image is not available

Kami di Amanz juga pernah berkongsi artikel pandang pertama peranti beserta spesifikasi penuh. Honor 90 didatangkan dengan skrin AMOLED 6.7″ (2664 X 1200 piksel) yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijana dengan cip Snapdragon 7 Gen 1 yang digabungkan bersama memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Sistem kamera yang digunakan terdiri dengan 200MP (utama) + 12MP (sudut-lebar) + 2MP (kedalaman) di belakang, sementara itu kamera swafoto sebesar 50MP. Tidak habis di situ peranti juga memuatkan bateri sebesar 5000mAh dan menyokong pengecasan berwayar 66W.