Tablet Baharu Honor MagicPad Bakal Dilancarkan Pada 12 Julai

TechnologyDigital
10 Jul 2023 • 8:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk baharu pada 12 Julai ini. Selain daripada peranti boleh lipat, pengguna juga nampaknya bakal ditawarkan dengan tablet baharu dikenali sebagai Honor MagicPad. Honor mengesahkan paparan peranti melepasi piawaian IMAX Enchanced, di mana sudah semestinya menjanjikan pengalaman audio dan visual berkualiti tinggi.

image is not available

Selain daripada itu reka bentuk peranti turut dikongsi secara terbuka dengan beberapa pilihan warna menarik. Jelas kelihatan peranti mempunyai dua bonggol kamera yang diletakkan secara berasingan di belakang. Turut disertakan adalah penjenamaan Honor yang menghiasi bahagian tengah panel belakang peranti.

image is not available

Seterusnya tablet juga mempunyai saiz bezel yang sekata pada keempat-empat sisi di bahagian hadapan. Tiada maklumat khusus mengenai saiz dan resolusi skrin didedahkan, namun katanya ia mungkin sebesar 13-inci yang juga menyokong resolusi 2.8K. Tetapi apa yang pasti tablet akan menyokong aksesori tambahan seperti papan kekunci dan stylus bagi tujuan keperluan produktiviti.