Honor 90 Lite Dan Pad X9 LTE Turut Ke Pasaran Malaysia Pada 20 Julai

TechnologyDigital
17 Jul 2023 • 2:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk baharu pada 20 Julai akan datang. Ia menjadi menarik apabila bukan Honor 90 sahaja yang bakal diumumkan. Malahan terdapat dua lagi peranti yang bakal menyusul iaitu Honor 90 Lite dan tablet Pad X9 (LTE).

image is not available

Kebiasaannya persoalan yang menjadi perbincangan dalam kalangan pengguna sudah semestinya mengenai perkakasan dalaman dan harga jualan rasmi. Namun kita tahu ia masih rahsia dan kami akan berkongsi dengan lebih lanjut selepas dilancarkan secara rasmi kelak.

Namun andai kata perkakasan dalaman pula adalah sama seperti sebelum ini. Honor 90 Lite boleh menjadi sebuah peranti 5G dengan janaan cip Dimensity 6020, selain turut memuatkan sistem kamera utama 100MP + 5MP + 2MP dan swafoto sebesar 16MP. Dalam pada itu bateri 4500mAh juga dimuatkan pada peranti dengan sistem pengecasan 22.5W.

Sementara itu Honor Pad X9 LTE pula boleh menjadi tablet 4G dengan cip Snapdragon 685, skrin sebesar 11.5-inci IPS LCD 2K, kamera utama 5MP, kamera swafoto 5MP dan bateri berkapasiti 7,250mAh. Sebagai tambahan tablet turut dimuatkan dengan enam sistem pembesar suara dengan audio Honor Histen.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved