Honor 90 Lite disenaraikan untuk pasaran Perancis, lengkap dengan Dimensity 6020

Digital
14 Jun 2023 • 3:47 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Honor 90 Lite dikesan telah disenaraikan dalam laman rasmi Honor untuk pasaran Perancis. Walau bagaimanapun, harganya masih belum ada dan katanya maklumat jualannya akan dimumkan seawal 6 Julai 2023 nanti.

image is not available

Tempahan untuk memilikinya dibuka pada 19 Jun 2023 dan sementara menunggu hari pelancarannya, pengguna bolehlah menelaah spesifikasi teknikal Honor 90 Lite.

Honor 90 Lite hadir dengan panel paparan sebesar 6.7" daripada jenis LTPS LCD pada resolusi FHD+ berkadar segar semula 90Hz. Telefon ini dperkasa SoC Dimensity 6020 beserta RAM 8GB.

image is not available

Untuk maklumat anda, Dimensity 6020 adalah cip yang sama digunakan pada Vivo Y36 yang baru saja dilancarkan di Malaysia dengan tanda harga RM1,099.

image is not available

Storan dalaman seluas 256GB disediakan dan ia menjalankan sistem operasi MagicOS 7.1 berasaskan Android 13.

Di jabatan pengimejan, telefon ini memperagakan konfigurasi trikamera belakang dengan kombinasi sensor 108MP, 5MP (ultralebar), dan 2MP (makro). Selfie diambil menggunakan kamera 16MP yang terletak dalam lubang di di bahagian dahi paparan.

Menguasakan telefon ini adalah sistem bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong blok pengecas 22.5W.

image is not available

Adakah telefon ini akan masuki Malaysia? Kali terakhir Honor melancarkan model baharu dalam siri N di Malaysia adalah Honor 70 5G dalam bulan Ogos 2022 lalu pada harga RM1,999.

Sumber: Honor