Honor 90 Lite Kini Rasmi Dengan Skrin 90Hz, Cip Dimensity 6020 Dan Kamera 100MP

TechnologyDigital
13 Jun 2023 • 1:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor 90 Lite telah diumumkan secara rasmi sebagai sebuah lagi peranti yang dijana oleh cip Dimensity 6020. Ini menjadikannya hadir dengan rangkaian 5G terbina, sekaligus turut melengkapi peranti di bawah siri Honor 90 sebelum ini.

image is not available

Untuk spesifikasi, Honor 90 Lite menggunakan skrin LTPS LCD sebesar 6.7-inci dengan resolusi FHD+. dan kadar segar semula 90Hz. Gabungan cip MediaTek Dimensity 6020, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB turut digunakan sebagai tunjang utama peranti.

Turut disertakan adalah tri-kamera utama 100MP + 5MP + 2MP dan kamera swafoto sebesar 16MP. Dalam pada itu, bateri 4500mAh turut dimuatkan pada peranti yang juga menyokong pengecasan berwayar 22.5W.

image is not available

Lain-lain spesifikasi termasuklah NFC, sambungan bluetooth 5.3, port USB-C dan pengimbas cap jari sisi. Peranti juga boleh didapati dalam tiga pilihan warna seperti perak, biru dan hitam tanpa harga jualan yang didedahkan secara rasmi buat masa ini.

Sekadar selingan, siri Honor 90 telah disahkan bakal ke pasaran global pada Julai hadapan. Namun persoalan mula timbul mengenai bilangan model tersedia memandangkan sebanyak dua buah model telah diumumkan di China.