Honor Bakal Perkenalkan Peranti Dengan Bateri 11000mAh Minggu Depan

Technology
15 Jun 2026 • 1:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor Bakal Perkenalkan Peranti Dengan Bateri 11000mAh Minggu Depan

Honor mengumumkan bahawa model terbaharunya, Honor X80 Pro Max akan dilengkapi dengan bateri 11,000mAh yang menjadikannya antara telefon dengan kapasiti bateri terbesar di pasaran ketika ini. Inovasi ini dijangka memberi kelebihan kepada pengguna yang memerlukan ketahanan bateri lebih lama untuk tugasan harian tanpa perlu bergantung kepada pengecas atau powerbank.

Image from: Honor Bakal Perkenalkan Peranti Dengan Bateri 11000mAh Minggu Depan

Dengan kapasiti ini, Honor menyasarkan untuk meningkatkan pengalaman penggunaan telefon khususnya bagi mereka yang aktif bekerja sepanjang hari. Langkah ini turut menandakan komitmen Honor dalam memperkenalkan teknologi bateri yang lebih efisien dan tahan lama sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam industri telefon pintar. Peningkatan ini merupakan penambahbaikan ketara berbanding bateri 10,000mAh yang pernah ditawarkan sebelum ini.

Image from: Honor Bakal Perkenalkan Peranti Dengan Bateri 11000mAh Minggu Depan

Dalam satu kemas kini berasingan, Honor turut mendedahkan reka bentuk dan pilihan warna telefon ini. Salah satu daripadanya kelihatan menarik dengan gabungan dwi-warna yang memberikan sentuhan lebih bergaya seolah-olah menjadi kombinasi unik yang nampak kemas.

Sumber – weibo