Honor Earbuds S Dilancarkan Dengan Bateri Lebih 40 Jam

TechnologyDigital
25 Nov 2025 • 11:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Honor Earbuds S turut dilancarkan di China sebagai kemaskini baharu untuk aksesori audio mereka. Ia hadir dengan pilihan warna lembut seperti biru, merah jambu dan putih serta dikatakan ringan dalam kelasnya untuk keselesaan penggunaan.

image is not available

Fon telinga ini direka untuk kegunaan harian dengan sokongan pembatalan hingar aktif hibrid sehingga 49dB. Namun, prestasi sebenar bergantung pada pad telinga, bentuk saluran telinga dan cara pemakaian. Selain itu, ia dilengkapi teknologi AI dwi-mikrofon yang menapis bunyi latar bagi memastikan panggilan lebih jelas.

image is not available

Setiap fon telinga bersaiz 12.4mm dengan kemampuan meningkatkan bunyi bass sambil mengekalkan kejelasan pada pelbagai frekuensi. Ia turut menyokong audio spatial dengan tetapan khusus untuk muzik, filem dan permainan. Selain itu, Honor menggunakan algoritma bass tersesuai bagi menghasilkan prestasi bunyi rendah yang lebih mendalam.

image is not available

Honor Earbuds S juga menawarkan ketahanan bateri sehingga 9.5 jam apabila ANC dimatikan manakala pod pengecas disediakan boleh menambah hayat keseluruhan mencapai 42.5 jam. Ia turut menyokong pengecasan pantas di mana cas selama 10 minit memberikan sehingga tiga jam masa main balik. Selain itu, setiap fon telinga hanya seberat 5.3g serta hadir dengan ketahanan air IP54.

Melengkapi fon telinga adalah aplikasi Honor AI Space menyokong fungsi cari fon telinga dengan amaran deringan, manakala kawalan sentuhan yang lancar membolehkan pengguna mengawal main balik, panggilan dan mod pembatalan hingar dengan mudah.