
Petronas Taja Bangladesh Football League
Persekutuan Bola Sepak Bangladesh (BFF) pada Ahad secara rasmi memperkenalkan logo baharu bagi liga bola sepak profesional negara itu, yang kini dinamakan semula sebagai Bangladesh Football League.
Seiring dengan pelancaran logo, halaman Facebook liga ini turut dilancarkan hari yang sama. Untuk musim ini, penaja utama liga dipercayai adalah Petronas, syarikat multinasional minyak dan gas dari Malaysia, lapor Daily Sun.
“Penantian kini berakhir. PETRONAS bawakan saingan Bangladesh Football League. Pentas di mana keberanian bertemu gaya bola sepak tanpa batas,” umum pihak penganjur menerusi Facebook.
Difahamkan, pemilihan waktu pelancaran ini dibuat selepas pusingan kedua perlawanan selesai, manakala pusingan ketiga dijadual berlangsung pada Isnin dan Selasa. BFF berharap penampilan visual baharu ini akan memberi nafas segar kepada liga.
Logo baharu ini diperkenalkan dengan tema “Bold, Fair, Limitless”. Reka bentuk logo menampilkan gaya minimalis, menyerupai siluet bola sepak.
Bagaimanapun, menurut Daily Sun, sejak pelancarannya, ia menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
BACA: Ranking Harimau Malaya Terus Meningkat, Kini Di Tangga Ke-116 Dunia
Sumber: Bangladesh Football League/FB, Daily Sun
The post Petronas Taja Bangladesh Football League appeared first on Siakap Keli.

