Honor Ingin Bangunkan Ekosistem Dan Perisian Lebih Baik Banding Apple iOS

TechnologyDigital
30 Apr 2023 • 6:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Honor sejak keluar berasingan dengan Huawei, telah hadir dengan beberapa peranti yang menarik di pasaran, termasuk terbaru adalah Honor Magic5 Pro.

Selari dengan perkembangan ini, CEO Honor dipetik mengatakan kini menyasarkan untuk bangunkan dan hadir dengan ekosistem yang lebih baik berbanding penawaran Apple melalui iOS.

image is not available

CEO Honor mengatakan Apple dari segi penawaran perkakasan agak ketinggalan – tidak kira penawaran bateri, rekaan, mahupun sambungan selular. Perkara ini dibandingkan dengan pelbagai peranti Android yang lain di pasaran.

Namun, CEO Honor menambah yang mana para pengguna kekal dengan Apple kerana penawaran ekosistem serta sistem operasi iOS yang lancar yang disediakan Apple.

Honor akan cuba menyaingi Apple dari perspektif ini, termasuk membangunkan sebuah ekosistem yang diperkaya kepada pengguna, termasuk sistem operasi yang lebih lancar melalui MagicOS mereka.