
PETALING JAYA – Menurut data terkini daripada firma penyelidikan pasaran, Counterpoint Research, HONOR menduduki tempat pertama dalam pasaran telefon pintar keseluruhan Malaysia bagi suku pertama 2026 dengan bahagian pasaran sebanyak 21 peratus.
Salah satu penyumbang utama kepada pencapaian ini ialah siri HONOR X, yang telah mengumpul lebih 130 juta pengguna di seluruh dunia setakat ini.
Di Malaysia, siri X telah menjadi Telefon Pintar Kelas Pertengahan No.1 Paling Laris selama empat tahun berturut-turut, malah pernah mencapai bahagian pasaran setinggi 68 peratus dalam julat harga tersebut pada waktu kemuncaknya – membuktikan kedudukannya sebagai ‘Pilihan Utama Rakyat Malaysia’ yang tiada tandingan.
Dalam pasaran telefon kelas pertengahan yang semakin sengit dari segi spesifikasi, HONOR memilih haluannya sendiri, menyelesaikan kebimbangan utama pengguna menerusi tiga kekuatan teras:
Skrin dan badan tahan hentakan: Mengakhiri masalah skrin retak
Bermula dengan skrin OLED Ultra-Tough yang diperkenalkan oleh HONOR X9a, siri HONOR X sentiasa dikenali sebagai ‘Raja Ketahanan’, dengan setiap generasi terus mempertingkatkan prestasinya.
HONOR X9b dinaik taraf dengan seni bina All-angle Ultra Tough; HONOR X9c pula memperkenalkan Ultra-Bounce Anti-Drop Technology 2.0, yang mampu bertahan apabila jatuh dari ketinggian sehingga dua meter, disertai reka bentuk kalis calar.
HONOR X9d kembali kepada reka bentuk skrin rata dengan kaca diperkeras Ultra-Deep, dilengkapi reka bentuk enam lapisan tahan hentakan pertama dalam industri, meningkatkan ketahanan hentakan keseluruhan peranti sebanyak 112 peratus.
Ia juga meraih SGS Triple-Resistant Premium Performance Certificatio yang pertama dalam industri.
Jangka hayat bateri mengatasi pesaing
Pengecasan yang kerap bukanlah sesuatu yang digemari pengguna.
Sambil mengekalkan reka bentuk yang nipis, siri HONOR X terus mempertingkatkan kapasiti bateri – HONOR X9d kini dilengkapi bateri 8,300mAh, disokong oleh teknologi bateri Silikon Karbon generasi ketiga.
Pensijilan kalis air dan debu gred penuh
Selain ketahanan hentakan, HONOR turut mendahului dari segi kalis air – bermula dengan penarafan IP65M pada HONOR X9c yang mampu menahan semburan air bertekanan tinggi bertaraf industri, sehingga HONOR X9d yang kini menjadi telefon pintar pertama di dunia dengan kalis air dan debu bertaraf industri IP69K, mampu menahan rendaman sehingga kedalaman 6 meter, semburan air bersuhu tinggi serta pendedahan kepada pelbagai cecair.
HONOR telah membawa standard kalis air telefon kelas pertengahan ke tahap bertaraf industri.

Falsafah ‘setiap generasi lebih tahan lasak daripada sebelumnya’ inilah yang menjadi kekuatan siri HONOR X untuk terus menjadi jenama paling laris selama empat tahun berturut-turut – memenuhi keperluan utama pengguna Malaysia terhadap produk yang tahan lasak, boleh dipercayai dan berbaloi.
Baru-baru ini, sempena Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan peringkat kebangsaan, babak seterusnya bagi siri produk ini tersingkap secara tidak dijangka lebih awal daripada jadual.
Sebuah peranti HONOR berwarna ungu yang belum dilancarkan secara rasmi digenggam oleh HONOR Robotics D1, tiba-tiba menjadi tumpuan sepanjang perbarisan tersebut.
Penampilan ungu yang mencolok mata itu mengundang persoalan dalam kalangan orang ramai dan warga maya: apakah sebenarnya peranti misteri ini?
Jawapannya ialah HONOR X9e Pro.
Pemilihan HONOR pada hari yang begitu bermakna untuk penampilan sulung di negara ini sekali lagi membuktikan kedudukan siri X dalam hati pengguna tempatan – bukan sekadar model paling laris, malah turut menjadi ‘Pilihan Utama Rakyat Malaysia’ yang dipercayai.
HONOR X9e Pro yang baharu akan meneruskan kekuatan siri X dari segi ketahanan dan jangka hayat bateri, dengan penambahbaikan menyeluruh merentasi keseluruhan reka bentuknya.
Untuk maklumat lanjut, ikuti laman web rasmi dan media sosial HONOR Malaysia. – KOSMO! ONLINE
The post HONOR kuasai pasaran telefon pintar kelas pertengahan 4 tahun berturut-turut appeared first on Kosmo Digital.




