Xiaomi Secara Rasmi Lancar Siri Redmi Note 17 Di Malaysia, Hadir Dengan Empat Varian

LocalTechnology
3 Sep 2026 • 1:18 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Xiaomi Malaysia hari ini (2 Sept) secara rasmi melancarkan siri terbaharu telefon pintar Redmi Note 17 Series bagi pasaran tempatan.

Ia. merangkumi empat model iaitu Redmi Note 17, Redmi Note 17 5G, Redmi Note 17 Pro 5G dan model Pro Max pertama dalam siri berkenaan, Redmi Note 17 Pro Max 5G.

Pada masa sama, Xiaomi turut memperkenalkan beberapa produk baharu dalam kategori peranti boleh pakai, termasuk Redmi Watch 6 Active, Redmi Watch 6 Lite serta pilihan warna baharu Mist Blue untuk Redmi Headphones Neo.

Redmi Note 17 Pro Max 5G hadir dengan bateri 10,000mAh, pengecasan 100W HyperCharge

Antara tarikan utama siri baharu ini ialah Redmi Note 17 Pro Max 5G yang dilengkapi bateri terbesar pernah digunakan Xiaomi pada telefon pintar Redmi, berkapasiti 10,000mAh.

Telefon pintar berkenaan turut menyokong 100W HyperCharge serta pengecasan berbalik (reverse charging) 27W, membolehkan peranti digunakan untuk tempoh lebih lama selain menawarkan pengecasan pantas.

Image from: Xiaomi Secara Rasmi Lancar Siri Redmi Note 17 Di Malaysia, Hadir Dengan Empat Varian

Redmi Note 17 Pro 5G pula dilengkapi bateri berkapasiti 8340mAh yang menyokong pengecasan 67W HyperCharge.

Redmi Note 17 Pro Max 5G dan Redmi Note 17 Pro 5G juga menjadi model pertama dalam industri yang menerima TÜV SÜD 5-star Titan Quality Certification, dengan pensijilan penuh merangkumi tiga dimensi.

Image from: Xiaomi Secara Rasmi Lancar Siri Redmi Note 17 Di Malaysia, Hadir Dengan Empat Varian

Dari aspek ketahanan, kedua-dua model dilengkapi seni bina kalis air dengan penarafan IP66, IP68, IP69 dan IP69K, selain menggunakan Corning Gorilla Glass Victus 2 dengan ketahanan jatuh (drop resistance) setinggi 3 meter bagi memberikan perlindungan maksima daripada calar dan hentakan harian.

Dari segi prestasi, Redmi Note 17 Pro Max 5G dikuasakan Snapdragon 6 Gen 5, manakala Redmi Note 17 Pro 5G menggunakan Snapdragon 6s Gen 4.

Redmi Note 17 dan Note 17 5G dengan bateri 7,700mAh

Bagi model asas pula, Redmi Note 17 dan Redmi Note 17 5G masing-masing hadir dengan bateri berkapasiti 7,700mAh serta sokongan pengecasan turbo 45W.

Kedua-dua model turut menerima TÜV SÜD 5-star Battery Performance Certification, dengan ketahanan bateri diuji berdasarkan piawaian berkenaan.

Dari segi perlindungan, kedua-duanya mempunyai penarafan IP65 untuk ketahanan terhadap habuk dan air serta menggunakan Corning Gorilla Glass 7i bagi membantu melindungi skrin daripada calar, percikan air dan persekitaran berhabuk.

Image from: Xiaomi Secara Rasmi Lancar Siri Redmi Note 17 Di Malaysia, Hadir Dengan Empat Varian

Warna

Dari segi warna, ketiga-tiga model REDMI Note 17 Pro 5G, REDMI Note 17 5G dan REDMI Note 17 didatangkan dengan warna Hitam, Biru dan Ungu manakala REDMI Note 17 Pro Max 5G dengan varian warna Cloud Blush, Ungu dan hitam.

Redmi Watch 6 Active fokus penggunaan harian

Selain telefon pintar, Xiaomi turut memperkenalkan Redmi Watch 6 Active yang menampilkan skrin AMOLED 1.85 inci dengan kecerahan maksimum sehingga 1,200 nits.

Jam pintar ini mempunyai fungsi Always-on Display, reka bentuk setebal hanya 9.9mm dan berat 26g, selain menggunakan kaca melengkung 2.5D serta sistem tali quick-release.

Dari segi ketahanan bateri, Redmi Watch 6 Active mampu bertahan sehingga 18 hari dalam penggunaan ringan.

Ia turut menyokong panggilan Bluetooth secara terus dari jam serta menawarkan ciri pemantauan kesihatan seperti kadar denyutan jantung sepanjang hari, paras oksigen dalam darah, tahap tekanan, pemantauan tidur dan pengurusan kesihatan wanita.

Bagi aktiviti fizikal, jam ini menyokong lebih 140 mod sukan serta mempunyai penarafan IP68 untuk ketahanan terhadap habuk dan air.

Redmi Watch 6 Lite hadir dengan GNSS terbina dalam

Redmi Watch 6 Lite pula hadir dengan skrin AMOLED 1.96 inci yang menawarkan kecerahan maksimum sehingga 1,500 nits.

Dengan berat 27.8g dan ketebalan 9.9mm, jam ini turut menampilkan Always-on Display, kecerahan adaptif serta kaca melengkung 2.5D.

Antara ciri yang membezakan model ini ialah sistem penentududukan lima sistem GNSS terbina dalam, membolehkan pengguna merekod laluan ketika melakukan aktiviti luar tanpa perlu membawa telefon pintar.

Untuk aktiviti berenang, Redmi Watch 6 Lite menggunakan sensor 9 paksi bagi mengenal pasti gaya renang dan menyediakan metrik seperti kelajuan purata, perubahan kadar denyutan jantung ketika berada dalam air serta kecekapan SWOLF.

Jam ini mempunyai penarafan 5ATM untuk aktiviti berenang dan air cetek, selain menyokong lebih 150 mod sukan dan pemantauan kesihatan sepanjang hari.

Sama seperti Redmi Watch 6 Active, hayat baterinya boleh mencapai sehingga 18 hari dalam penggunaan ringan.

Redmi Headphones Neo kini dalam warna Mist Blue

Xiaomi turut memperkenalkan warna baharu Mist Blue untuk Redmi Headphones Neo, yang merupakan fon kepala pertama di bawah rangkaian Redmi yang diperkenalkan di Malaysia.

Redmi Headphones Neo dilengkapi teknologi 42dB Active Noise Cancellation (ANC) yang boleh melaraskan tahap pengurangan bunyi berdasarkan perubahan bunyi persekitaran.

Ia turut mempunyai sistem pengurangan hingar panggilan berasaskan AI dengan tiga mikrofon bagi membantu menghasilkan panggilan yang lebih jelas, termasuk dalam persekitaran yang mencabar.

Bagi kualiti audio pula, fon kepala ini menerima pensijilan Hi-Res, yang menyokong penghantaran audio tanpa kehilangan untuk pengalaman pendengaran yang lebih terperinci.

“Redmi Boss for a Day” bersama Meerqeen

Sempena pelancaran Redmi Note 17 Series di Malaysia, Xiaomi turut menganjurkan acara “Redmi Boss for a Day: Meerqeen” di store Xiaomi The Exchange TRX, Kuala Lumpur pada 5 September 2026.

Pelanggan yang telah membuat pra-tempahan Redmi Note 17 Pro Series boleh mula mengambil peranti masing-masing dari jam 10 pagi pada hari berkenaan.

Menariknya, 80 pelanggan pertama yang memenuhi syarat berpeluang mendapatkan akses eksklusif ke sesi bertemu dan beramah mesra bersama aktor terkenal, Meerqeen, yang merupakan Duta Redmi Note 17 Series Malaysia.

Peminat juga boleh menyertai cabutan bertuah yang akan dibuat oleh Meerqeen sendiri secara first-come, first-served untuk peluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Redmi Note 17 Series sudah boleh ditempah

Pelanggan yang berminat boleh membuat pra-tempahan Redmi Note 17 Series di Xiaomi Stores atau melalui laman rasmi Xiaomi dan kedai rasmi Xiaomi di platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Harga

ModelVarian StoranHarga BiasaHarga PromosiPromosi Open Sale
REDMI Note 17 Pro Max 5G
8GB+256GBRM 1,999RM 1,799Hadiah Percuma:  REDMI Headphones Neo (Hitam Obsidian)
Liputan Waranti:  Waranti bateri 5y Perlindungan skrin 3 tahun Kerosakan cecair 2 tahun Waranti penutup belakang 2 tahun Waranti kualiti 2 tahun
Manfaat digital termasuk:  2 bulan YouTube Premium 6 bulan Google One (storan awan 200GB)
8GB+512GBRM 2,299RM 2,099
REDMI Note 17 Pro 5G8GB+256GBRM 1,899RM 1,799
8GB+512GBRM 1,599RM 1,499
REDMI Note 17 5G6GB+128GBRM 1,099RM 999Hadiah Percuma:  Xiaomi Smart Band 9 Active (Hitam)
Liputan Waranti:  Waranti bateri 4 tahun Perlindungan skrin 2 tahun Waranti penutup belakang 2 tahun Waranti kualiti 2 tahun
Manfaat digital termasuk:  2 bulan YouTube Premium 6 bulan Google One (storan awan 200GB)
8GB+256GBRM 1,299RM 1,199
REDMI Note 17 (eksklusif dalam talian) 4GB+128GBRM 849RM 749Liputan Waranti:  Waranti bateri 4 tahun Perlindungan skrin 2 tahun Waranti penutup belakang 2 tahun Waranti kualiti 2 tahun
Manfaat digital termasuk:  2 bulan YouTube Premium 6 bulan Google One (storan awan 200GB)
REDMI Watch 6 Active N/ARM 229RM 159N/A
REDMI Watch 6 LiteRM 299RM 249
REDMI Headphones NeoRM 399RM 239
Image from: Xiaomi Secara Rasmi Lancar Siri Redmi Note 17 Di Malaysia, Hadir Dengan Empat Varian

Butiran lanjut mengenai promosi pra-tempahan dan ketersediaan setiap model boleh didapati melalui saluran rasmi Xiaomi Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved