Honor Magic V Purse Kini Rasmi Dengan Skrin OLED 90Hz Dan Cip Snapdragon 778G

TechnologyDigital
20 Sep 2023 • 10:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siapa sangka pada awalnya cuma sekadar peranti konsep, tetapi kini telah mula dikomersialkan dalam bentuk produk sebenar. Kami bercakap mengenai peranti Honor Magic V Purse yang telah diumumkan secara rasminya di China, baru-baru ini. Melaluinya Honor telah bekerjasama dengan TIME dalam untuk memperkenalkan konsep masa depan ciptaan telefon pintar hasil gabungan teknologi dan fesyen.

image is not available

Secara umumnya ia menggunakan rekaan seumpama peranti skrin boleh lipat Huawei Mate XS 2 sebelum ini. Ia menggabungkan konsep skrin yang boleh dilipat keluar bersama sisi tebal yang sesuai dijadikan pemegang apabila peranti dalam posisi terbuka. Turut boleh dipadankan adalah pelbagai jenus tali termasuklah rantai, yang kemudiannya dipasang pada engsel untuk dijadikan sebagai beg tangan yang boleh disandang pada bahu.

image is not available

Untuk spesifikasi Honor Magic V Purse menawarkan skrin OLED 7.71-inci FHD+ dengan nisbah 10:5:9 apabila dibuka. Ini kemudiannya dipadankan pula dengan skrin sekunder 6.45-inci OLED beresolusi 2348 X 1088 piksel apabila dilipat. Skrin juga mempunyai sokongan kedalaman warna 10-bit yang boleh memaparkan sehingga 1.07 bilion warna, di samping turut menyokong kadar segar semula 90Hz.

image is not available

Seterusnya cip Snapdragon 778G digunakan dengan padanan memori 16GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB untuk tunjang utama. Peranti juga memuatkan sistem dwi-kamera dengan tetapan 50MP utama dan 12MP lebar, sementara itu kamera swafoto pula sebesar 8MP.

image is not available

Kapasiti bateri pula sebesar 4,500mAh yang juga menyokong pengecasan 35W melalui port USB-C. Peranti ini dijual di China pada harga bermula CNY 6,000 (16GB/256GB) (~RM3,858) dan CNY 6,600 (~RM4,244) untuk variasi 16GB/512GB. Tiada butiran mengenai penawarannya di luar pasaran China yang diketahui buat masa ini.