Honor Magic V3 Melepasi SIRIM Di Malaysia

TechnologyDigital
1 Aug 2024 • 4:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor Magic V3 telah dilancarkan di China pertengahan Julai yang lalu. Ia menawarkan rekaan baharu dengan tubuh lebih nipis dan ringan berbanding generasi sebelum ini. Apa yang membuatkannya lebih menarik adalah peranti telah ditemui tersenarai melalui laman web SIRIM Malaysia. Ini bermakna pelancarannya untuknya dijangka boleh diadakan dalam masa terdekat.

image is not available

Penyenaraian menunjukkan peranti dengan nombor model FCP-N49 (HONOR Magic V3) telah didaftarkan oleh Honor Technology (Malaysia) Sdn Bhd sejak 29 Julai 2024. Pun begitu, penemuan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Malahan Honor sendiri sudah mula membuka laman pendaftaran minat untuk mana-mana pengguna di Malaysia yang berminat untuk mencuba peranti ini lebih awal. Selain itu menawarkan peranti itu sebagai hadiah percuma yang boleh dimenangi oleh pengguna bertuah.

image is not available

Persoalan utama kini tertumpu pada perkakasan dalaman peranti. Masih belum dapat dipastikan serupa dengan versi di China atau sebaliknya memandangkan ia masih belum dilancarkan di mana-mana pasaran global setakat ini. Sama-sama nantikan kemaskini lanjut daripada Honor Malaysia berhubung perkara ini.