Rekaan Telefon Katup Di Bawah Siri Huawei Nova Diperlihatkan Kepada Umum

TechnologyDigital
29 Jul 2024 • 12:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei dilihat mula meluaskan penawaran siri Nova dengan telefon boleh katup. Video pendek yang dikatakan adalah untuk peranti berkenaan juga telah dimuat-naik di Weibo dengan perubahan drastik pada skrin sekunder yang kini lebih besar. Ini bermakna peranti boleh digunakan secar praktikal tanpa keperluan membuka skrin utama dengan kerap.

image is not available

Peranti juga dipadankan dengan dua bonggol kamera bulat yang tidak didedahkan konfigurasinya. Engsel digunakan pula membolehkan peranti ditutup dengan rapat tanpa ruang yang besar diantara skrin. Sebuah pengimbas cap jari sisi dan butang laras audio juga disertakan di bahagian sisi peranti. Tiada maklumat lebih terperinci mengenai perkakasan dalaman namun jangkaan awal mendapati harga jualan peranti kelak berpotensi lebih mahal berbanding peranti Nova sedia ada.

image is not available

‘Perang’ telefon boleh katup nampaknya boleh berlaku sekali lagi pada tahun ini dengan lebih banyak pengeluar yang mengambil bahagian. Ini termasuklah Xiaomi yang baru sahaja melancarkan MIX Flip dan Honor pula melalui Magic V Flip.