Honor Magic V5 Dilancarkan Sebagai Peranti Skrin Lipat Ternipis Dunia

TechnologyDigital
2 Jul 2025 • 9:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor Magic V5 akhirnya dilancarkan sebentar tadi dan kini ia memegang status sebagai telefon skrin lipat paling nipis dunia. Dalam kedudukan terbuka, ia hanya setebal 4.1mm dan dalam kedudukan dilipat pula ia hanya setebal 8.8mm. Ini membolehkan Magic V5 memintas Oppo Find N5 yang setebal 4.2mm dibuka dan 8.9mm ditutup.

image is not available

Di China Magic V5 dilengkapi skrin luar 6.43″ OLED LTPO dan skrin dalam pula sebesar 7.95″ OLED LTPO lengkap dengan sokongan paparan Dolby Vision. Ini dipadankan dengan cip mercu Snapdragon 8 Elite, memori sehingga 16GB RAM LPDDR5x, storan sehingga 1TB UFS 4.1 dan bateri sehingga 6100 mah. Bateri yang amat besar untuk peranti lipat ini menyokong pengecasan berwayar 66W dengan sokongan pengecasan nirwayar 50W serta berbalik.

image is not available

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, ultra lebar 50MP dan telefoto 64MP. Sementara itu kedua-dua kamera swafoto pula sebesar 20MP. Ketiga-tiga kamera utama diletakkan di dalam bonggol kamera berbentuk bulat di belakang.

image is not available

Terdapat sepasang speaker stereo di bahagian sisi peranti. Pengimbas cap jari pula diletakkan pada butang kuasa. Kerana peranti ini sangat nipis, tubuh hanya sedikit lebih tebal berbanding port USB-C yang disertakan. Satu ciri yang kami sedari hilang kali ini ialah tiada lagi pemancar infra merah.

image is not available

Di China peranti diiklankan dengan sokongan kecerdasan buatan (AI) DeepSeek dan sokongan komunikasi satelit. Lebih menarik ialah Magic V5 turut menyokong penghantaran fail ke peranti HarmonyOS, Android, Windows, iOS dan macOS.

image is not available

Di China harga jualan peranti adalah seperti di bawah.

  • Honor Magic V5 (12/256 GB) – RMB 8999 (~RM 5309)
  • Honor Magic V5 (16/512 GB) – RMB 9999 (~RM 5899)
  • Honor Magic V5 (16/1000 GB) – RMB 10999 (~RM 6489)