Telefon boleh lipat kini bukan lagi sekadar gimik teknologi. Ia sudah menjadi simbol kecanggihan bagi pengguna moden yang mengutamakan fungsi, gaya dan ketahanan. Tetapi, satu kebimbangan utama pengguna ialah penjagaan jangka masa panjang khususnya melibatkan kos tinggi penggantian skrin. HONOR menyelesaikan isu ini dengan memperkenalkan peranti terbaru mereka HONOR Magic V5 bersama jaminan eksklusif Worry-Free Warranty selama dua tahun.

Perlindungan Menyeluruh Tanpa Tekanan

HONOR memahami kebimbangan pengguna terhadap telefon boleh lipat. Dengan HONOR Magic V5, pengguna boleh menikmati perlindungan skrin yang menyeluruh dan praktikal. Dalam tempoh tahun pertama sekiranya skrin luar atau dalam retak, HONOR menawarkan penggantian sekali dengan hanya bayaran buruh RM60.
Manakala dalam tempoh 2 tahun, jika berlaku sebarang masalah teknikal yang tidak disebabkan kecuaian pengguna termasuk isu garis hijau, penggantian skrin akan dilakukan secara percuma dan tanpa had.
Jaminan ini menjadikan HONOR Magic V5 sebagai satu-satunya telefon lipat di pasaran yang bebas kerisauan dan berbaloi dimiliki khususnya buat golongan professional yang mahukan peranti lasak, bergaya dan terjamin dari segi servis selepas jualan.

Ketahanan Melebihi Jangkaan
Bermula dari material engsel sehinggalah kepada lapisan dalaman, setiap komponen direka dengan teliti untuk menahan tekanan penggunaan harian yang lasak. Engsel Super Steel pada HONOR Magic V5 telah melalui ujian lipatan sehingga 500,000 kali bersamaan lebih sedekad penggunaan.
Skrin dalaman pula dilindungi oleh Inner Armoured Triple Protection yang menggunakan teknologi aluminium untuk menyerap hentakan dan mengurangkan risiko calar. Ditambah dengan NanoCrystal Shield, paparan ini menawarkan ketahanan berganda terhadap jatuh dan kesan calar.

Keupayaan kalis air dan habuk pada tahap IP58/59 memberikan perlindungan menyeluruh dalam pelbagai situasi. HONOR turut memperkenalkan sistem AI Particle Detection yang mampu mengesan habuk kecil sebelum ia merosakkan paparan skrin, lantas menjadikan HONOR Magic V5 pilihan tepat untuk golongan profesional yang menjalani gaya hidup sibuk sama ada ketika di pejabat atau dalam perjalanan.

Di sebalik reka bentuk lipat yang anggun, HONOR Magic V5 menawarkan prestasi mercu yang mantap. Dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Elite yang efisien, peranti ini mampu menyokong pelbagai aplikasi berat dengan lancar. Sistem kameranya terdiri daripada sensor utama 50MP dan telefoto 64MP dengan kebolehan zum sehingga 100 kali sesuai untuk pencipta kandungan yang mementingkan kualiti visual. Bateri berkapasiti 5820mAh pula menyokong pengecasan pantas sehingga 50% dalam masa hanya 16 minit bagi memastikan pengguna kekal produktif sepanjang hari.


Bagi memastikan jaminan terhadap pengalaman selepas jualan, HONOR menyediakan 14 pusat servis rasmi termasuk di Pavilion Embassy. Proses perkhidmatan adalah telus, pantas dan mesra pelanggan bagi memberikan keyakinan kepada pembeli bahawa setiap pelaburan akan dilindungi dengan baik.
Dapatkan Di Pasaran Sekarang!
HONOR Magic V5 kini boleh didapati di Malaysia dengan harga RM 6,999. Setiap pembelian disertakan dengan jaminan Worry-Free selama dua tahun, hadiah bernilai sehingga RM 2,697 dan pelan ansuran sifar faedah sehingga 24 bulan.
Telefon ini direka khas buat golongan professional yang bergaya dan menghargai teknologi berkualiti tinggi, serta sokongan selepas jualan yang dipercayai. Dengan gabungan ketahanan, prestasi dan reka bentuk premium, HONOR Magic V5 adalah peranti yang menepati setiap keperluan gaya hidup moden.
Penafian: Advertorial dari HONOR Malaysia

