HONOR Magic V5 – Telefon Lipat Nipis Dan Tahan Lasak Pernah Dihasilkan

TechnologyDigital
10 Jul 2025 • 2:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telefon boleh lipat dahulu sinonim dengan rekaan tebal dan berat. Sekarang, semuanya sudah berubah dengan kehadiran HONOR Magic V5 iaitu telefon boleh lipat paling nipis di dunia yang bukan sahaja bergaya, tetapi juga luar biasa dari segi ketahanan dan prestasi.


Nipis Tanpa Kompromi

Kalau dahulu anda sudah terpegun dengan kecanggihan Magic V3, bersedia untuk lihat kehebatan Magic V5 pula. HONOR terus menetapkan standard baru dalam industri dengan Magic V5 yang hanya setebal 8.8mm, ketebalan ini hampir sama dengan dua keping syiling yang disusun. Beratnya pula hanya 217 gram jadi dengan Magic V5 ini ia dapat menawarkan keselesaan genggaman sambil mengekalkan kualiti binaan yang premium. 

image is not available

image is not available


Engsel Kuat Dan Tahan Lasak

Salah satu kebimbangan untuk peranti boleh lipat yang nipis adalah dari segi ketahanannya. Perkara ini tidak perlu dirisaukan lagi pada Magic V5 dengan adanya HONOR Super Steel Hinge. Engsel ini telahpun direka semula sepenuhnya dan telah diuji dengan beberapa ujian. Engsel ini mampu menahan beban dumbbell dengan berat 35kg yang diikat terus pada Magic V5 malah ia juga mampu menampung berat sebuah sofa. Dengan engsel ini juga, ia mampu bertahan sehingga 500,000 kali kitaran lipatan, bersamaan lebih 13 tahun penggunaan jika dilipat 100 kali sehari.

image is not available

image is not available

image is not available


Perlindungan Berganda

Tiada gunanya kalau telefon yang boleh menampung berat sofa jika tidak kalis air. Magic V5 hadir dengan penarafan IP58/59, menjadikannya tahan terhadap air, debu dan hujan. Perlindungan skrin pula tidak kurang hebat dengan teknologi seperti HONOR Anti-scratch Nano Crystal Shield, HONOR Super Armored Display dengan teknologi Non-Newtonian Fluid Material yang menyerap hentakan dan High Silicon Protection Layer untuk ketahanan yang lebih ekstrem. HONOR turut menggunakan AI Powered Foreign Object Detection yang mengesan objek asing antara skrin untuk mengelakkan kerosakan skrin sebelum ia berlaku. Gabungan semua teknologi ini membuktikan yang telefon nipis boleh mempunyai ketahanan yang baik. 

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available


Bateri Besar Dalam Badan Nipis

Satu perkara yang menarik adalah bateri yang dimuatkan dalam Magic V5 yang nipis ini adalah sebesar 5820mAh, terbesar di dalam kategori fon boleh lipat. Semua ini mampu dicapai oleh HONOR dengan penggunaan teknologi Silicon Carbon yang terkini. Ini perbezaan yang agak besar jika dibandingkan dengan HONOR Magic V3 yang mempunyai bateri sebesar 5150mAh. 

image is not available

image is not available


Prestasi Mercu, Kamera Professional

HONOR Magic V5 dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite dan sistem penyejukan Titanium Vapor Chamber, memberikan prestasi yang mantap walau digunakan secara intensif. Pada bahagian kamera pun HONOR tiada kompromi kerana menggunakan tetapan kamera yang terbaik seperti 50MP dengan OIS sebagai kamera utama, 50MP kamera Ultra-lebar dan 64MP Periskop Telephoto. Tambahan lagi, 20MP untuk kamera swafoto. Gabungan ini menjanjikan hasil gambar dan video berkualiti tinggi, sesuai untuk pengguna kasual atau profesional.

image is not available

image is not available

image is not available


Kesimpulan

Dengan HONOR Magic V5 ini, HONOR membuktikan ia bukanlah sekadar telefon boleh lipat biasa. Ia adalah satu simbol inovasi, keberanian, dan kecanggihan dalam dunia telefon boleh lipat. Saksikan pelancarannya di Malaysia pada 15 Julai nanti.  

image is not available

Penafian : Advertorial dari HONOR Malaysia