Honor Magic Vs: Pesaing terhebat Galaxy Z Fold4

23 Nov 2022 • 4:30 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Honor telah lancarkan satu model telefon lipat baharu. Honor Magic adalah percubaan kedua Honor selepas Magic V yang mereka umumkan awal tahun 2022 dulu.

Spesifikasi Honor Vs

Walaupun Honor Magic Vs kelihatan serupa saja dengan Magic V yang asal daripada segi rupa paras. Generasi baharu ini, membawakan beberapa penambahbaikkan berbanding Magic V.

image is not available

Salah satu yang ditambah baik mereka adalah bahagian engsel. Honor memaklumkan yang engsel ini adalah daripada jenis tanpa gear. Katanya ia ditempa daripada sekeping besi sahaja dan mereka berjaya mengurangkan komponen engsel daripada 92 dalam engsel sebelum ini kepada cuma 4, tapi masih mengekalkan keteguhan.

Engsel ini katanya mampu menahan lebih 400 ribu kali pipatan ataupun 100 kali untuk setiap hari selama 10 tahun. Engsel lama cuma mampu bertahan 200 ribu.

image is not available

Di bahagian muka, Honor Magic Vs ada paparan sebesar 6.45" daripada jenis OLED dan resolusinya adalah  2560 x 1080 ataupun pada nisbah 21:9. Panel ini ada kadar segar semula sehingga 120Hz dan kecerahan boleh melebihi 1200nits.

Apabila dibuka, Honor Magic Vs ada paparan 7.90". Panel ini masih menggunakan teknkologi OLED dengan resolusi 2272 x 1984. Kadar segar semulanya adalah 90Hz dengan tahap kecerahan 800nits.

image is not available

Di bahagian audio, Honor Magic Vs mewarisi kuadspeaker stereo daripada generasi sebelum ini. Sistem audio telefon ini ada cap IMAX Enhanced, pertama seumpamanya pada Honor Magic V.

Atas papan utama, Honor Magic Vs diperkasa cip Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1. Sebanyak empat pilihan kombinasi RAM dan storan bakal ditawarkan kepada pengguna bermula dengan 8GB + 256GB, 12GB + 256GB, 12GB + 512GB, dan yang paling tinggi adalah 16GB + 512GB.

image is not available

Walaupun ia adalah peranti boleh lipat ternipis, ia masih mampu menyumbat bateri gergasi ke dalamnya. Tangki bateri 5,000mAh boleh diisi menggunakan sistem pengecasan pantas 66W. Malangnya telefon ini tidak didatangkan dengan pengecasan wayarles dan lagi benda yang tiada adalah kekalisan debu/air pada paras IP68.

Di jabatan pengimejan, Honor Vs dilengkapi tiga buah kamera belakang yang masing-masing ada sensor 54MP (kamera utama), 50MP (kamera ultralebar), dan 8MP (telefoto 3x). Selfie diambil menggunakan kamera 16MP yang terletak di kedua-dua panel paparan.

image is not available

Harga Honor Magic Vs

Setakat ini, Honor Magic Vs hanya ditawarkan untuk pasaran China.

image is not available

image is not available

Berikut adalah harga jualannya.

  • RAM 8GB + Storan 256GB – RMB7,499 (RM4,797)
  • RAM 12GB + 256GB – RMB7,999 (RM5,117)
  • RAM 12GB + 512GB – RMB8,999 (RM5,757)
  • RAM 16GB + 512GB – RMB10,999 (RM7,036)

Magic Vs adalah satu peranti yang menarik kerana varian paling mampu miliknya adalah berharga RM4,797 berdasarkan harga pasaran China. Ia nyata jauh lebih murah dariapda Galaxy Z Fold4 di Malaysia yang buat masa ini ditawarkan pada harga bermula RM6,799.