Honor Magic6 Akan Menggunakan Snapdragon 8 Gen 3 Dengan AI Terbina

TechnologyDigital
26 Oct 2023 • 4:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain mengesahkan penggunaan cip Snapdragon X Elite pada PC keluaran mereka tahun depa, Honor turut mengesahkan siri Honor Magic6 pula akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3. Honor Magic6 ialah peranti kedua yang disahkan akan menggunakan cip ini selepas Xiaomi 14 semalam.

image is not available

Yang menjadikan pengumuman Honor menarik ialah, pada Magic6 peranti akan mempunyai AI LLM terbina dengan 7 bilion parameter. Ini membolehkan pembantu maya dengan AI dijalankan terus pada peranti tanpa memerlukan sambungan internet.

image is not available

Dalam demo yang diperlihatkan di Snapdragon Summit, pembantu maya boleh diarahkan untuk menghasilkan video pendek untuk anak. Jika anda mempunyai lebih daripada satu anak ia dengan pintar bertanya anak yang mana video ingin dihasilkan. Kemudian selepas video ditemukan dalam peranti, arahan boleh diberikan untuk menjana video dengan anak tersenyum sahaja. AI kemudian menjana imej yang diperlukan terus dari dalam peranti tanpa sebarang campur tangan pengguna.

image is not available

Kecerdasan buatan ini juga akan digunakan oleh Honor untuk penjejakan mata pada sistem Mini Capsule seakan Dynamic Island pada Magic6 kelak. Masih tiada tarikh bila Honor Magic6 akan dilancarkan pada ketika ini.