Kecerdasan buatan (AI) sudah pun menjadi sesuatu yang tidak asing lagi dalam dunia teknologi. Kebanyakkan jenama telah pun mengintegrasikan AI dalam pelbagai aspek yang kita gunakan setiap hari Ini termasuklah aplikasi telefon pintar sehingglah ke perkhidmatan atas talian. Tidak dapat dinafikan, kehadiran AI telahpun sedikit sebanyak membantu memudahkan pelbagai tugas harian kita.

HONOR juga turut mengambil kesempatan untuk memanfaatkan kecanggihan AI dengan mengaplikasikannya dalam produk terbaru mereka, iaitu HONOR Magic6 Pro. Melalui penawaran ini, ia dikatakan dapat memberi peluang kepada pengguna untuk menikmati pengalaman yang lebih pintar dan serba cepat dalam menggunakan peranti ini. Tanpa berlengah masa lagi, mari kami rungkaikan satu demi satu ciri-ciri AI menarik pada HONOR Magic6 Pro yang perlu anda tahu.
1. Magic Portal
Pernah berhadapan dengan situasi dimana, anda sedang tergesa-gesa untuk mencari lokasi suatu tempat yang dihantar oleh rakan melalui aplikasi yang berbeza? Situasi ini akan memakan masa, terutamanya jika anda perlu berpindah dari satu aplikasi ke aplikasi lain secara berulang kali.

Masalah ini tidak perlu dirisaukan lagi dengan ciri Magic Portal, dimana ia membolehkan anda menukar dan mengakses perkhidmatan antara aplikasi dengan hanya drag dan drop sahaja. Melalui ciri ini, anda hanya perlu drag alamat lokasi ke Magic Portal untuk membuka aplikasi Google Maps untuk memulakan navigasi. Ini sekaligus dapat mempercepatkan proses mencari maklumat melalui akses yang lebih pantas.
2. Magic Capsule

Bagi menambah lagi keseronokkan, HONOR Magic6 Pro turut dilengkapi dengan Magic Capsule. Magic Capsule ini merupakan lubang besar di bahagian atas skrin dengan pelbagai sistem notifikasi peranti. Saiz Magic Capsule ini akan menjadi besar apabila disentuh, dan kembali mengecut semula jika ruang di luar Magic Capsule disentuh. Ciri ini amatlah berguna jika anda mahu mendengar lagu, ataupun menggunakan navigasi tanpa mengganggu aplikasi yang dibuka pada skrin utama peranti.
3. Smart Folder
Di zaman media sosial, semua perkara seringkali kita mahu kongsikan. Tentu anda juga pernah berada di situasi dimana, anda mahu kongsikan gambar di aplikasi Instagram, tetapi perlu lalui banyak proses untuk kongsikan satu gambar sahaja. Situasi ini membuatkan proses perkongsian gambar memakan masa yang lama.

Dengan Smart Folder, masalah ini tidak perlu dirisaukan lagi. Hanya perlu tekan aplikasi untuk beberapa saat dan leretkan ke arah mana saja. Ini akan hasilkan pintasan ke fungsi-fungsi yang sering digunakan oleh pengguna. Misalnya, untuk aplikasi Instagram, ia akan mencipta pintasan ke fungsi perkongsian gambar di Story. Ciri ini bukan sahaja terhad pada aplikasi Instagram, malah boleh digunakan untuk aplikasi lain seperti Maps, Grab, dan sebagainya.
4. Kamera Diintegrasikan AI
HONOR Magic6 Pro ini menggunakan sistem tri-kamera yang terdiri daripada gabungan lensa sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 50MP dan telefoto 50MP. Bukan itu sahaja, ia juga turut mempunyai zum optikal sehingga 2.5X dan digital 100X. Sistem kamera bagi HONOR Magic6 Pro juga turut diintegrasikan dengan AI. Dengan bantuan AI, gambar diambil akan kelihatan tajam walaupun anda telah zum untuk merakam subjek yang jauh.


Bukan itu sahaja, sistem kamera ini juga turut dilengkapi dengan fungsi AI Motion Sensing Auto Capture, dimana anda tidak perlu menekan butang pengatup (shutter) kerana kamera akan mengambil gambar secara automatik apabila mengesan pergerakan yang drastik.
5. Spesifikasi Lain Bagi Peranti
Apa gunanya peranti yang canggih tetapi tidak mempunyai kapasiti bateri yang memuaskan bukan? Kapasiti bateri sebenarnya adalah sangat penting untuk kegunaan seharian kita. Oleh itu, HONOR Magic6 Pro ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,600mAh. Jika kapasiti bateri ini habis digunakan selepas seharian menggunakannya, anda boleh membuat pengecasan melalui 80W untuk berwayar dan nirwayar 66W.

Apa yang lebih menariknya adalah ianya bateri sejenis silikon-karbon yang dinaik taraf dengan kemampuan lebih baik dalam pelbagai keadaan. Pihak HONOR juga turut mengatakan bahawa peranti ini boleh melakukan penstriman video di YouTube selama 81 minit dengan bateri berbaki lagi 10%. Jadi, ini bermaksud kapasiti bateri peranti ini adalah cukup besar untuk menampung keperluan penggunaan seharian kita.
Jika berbicara tentang skrinnya pula, ia mempunyai kaca melengkung pada panel hadapan dan bingkai di bahagian sisi. Reka bentuk sebegini membuatkan peranti ini selesa untuk dipegang. Skrinnya juga dilindungi dengan lapisan kaca khusus NanoCrystal Shield, dimana ia dikatakan 10 kali lebih tahan lasak berbanding kaca biasa. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan perlindungan kepada skrin peranti termasuk komponen dalaman.
Kesimpulan
Kesimpulannya, HONOR Magic6 Pro ini merupakan sebuah peranti yang diintergrasikan dengan AI supaya dapat memberikan kepuasan semasa menggunakannya. Dengan ciri AI yang terbina seperti Magic Portal dan Magic Capsule, ia menjadikan peranti ini sesuai untuk anda melakukan kerja-kerja digital dengan lebih lancar. Ditambah pula dengan sistem kamera yang turut disertakan dengan AI dengan spesifikasi peranti yang cukup memuaskan, ia menjadikan peranti ini berbaloi untuk dimiliki.

Jadi, jika anda berminat untuk mendapatkan HONOR Magic6 Pro ini, ia telah pun dijual pada harga RM4,499. Melalui pembelian ini, anda berpeluang untuk mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,197. Ini termasuk HONOR Earbuds X6, jaminan perlindungan skrin retak selama setahun dan waranti tambahan selama setahun. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh terus ke laman web rasmi HONOR.
- Info
- Layari : Laman Rasmi HONOR Malaysia Untuk Maklumat Lanjut
Penafian: Advertorial dari HONOR Malaysia


