OpenAI Akan Berkongsi Pendapatan Bersama Beberapa Pembangun Yang Membangunkan GPTs

TechnologyDigital
28 Mar 2024 • 1:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI, firma disebalik beberapa perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan, termasuk ChatGPT dan Dall-E, kini mengumumkan mereka akan mulakan eksperimen untuk berkongsi pendapatan bersama beberapa pembangun yang membangunkan GPT mereka tersendiri.

image is not available

Bagi yang tidak ketahui, sebelum ini OpenAI telah memperkenalkan ciri dinamakan GPTs, membolehkan anda membangunkan chatbot tersendiri yang dikuasakan teknologi ChatGPT, tetapi dengan tujuan yang khusus. Sebagai contoh GPTs untuk mengajar matematik, GPTs untuk mengetahui peraturan sesuatu permainan, dan sebagainya.

GPTs yang dihasilkan boleh ditawarkan melalui GPT Store. Namun, untuk menggunakannya, pengguna lain perlu mempunyai akses ke ChatGPT versi berbayar.

OpenAI mengatakan perkongsian pendapatan akan berasaskan kepada penggunaan sesuatu GPTS berkenaan. Tetapi, ia masih tidak diketahui lagi berapakah kadar yang akan dibayar dan sebagainya.

Langkah OpenAI ini juga secara tidak langsung dijangka meramaikan lagi pembangunan GPTs pada platform mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved