Honor Magic6 RSR Porsche Design Akan Dilancarkan Pada 18 Mac 2024

TechnologyDigital
8 Mar 2024 • 2:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor sebelum ini mengesahkan bahawa mereka akan menawarkan Magic6 RSR Porshe Design. Kini tarikh pelancaran rasminya mula dikongsi yang dijadualkan berlangsung pada 18 Mac akan datang. Selain itu terdapat juga dua lagi produk lain yang disertakan bersama iaitu Honor Magic 6 Ultimate Edition dan komputer riba baharu Honor Magic Pro 16.

image is not available

Reka bentuk peranti masih menjadi rahsia namun dijangka boleh mempunyai kemasan yang mampu membuatkannya terlihat lebih menarik. Dalam pada itu peranti juga berkemungkinan mengekalkan sistem kamera yang sama dengan bukaan aperatur yang boleh diubah seperti versi pro.

image is not available
Honor Magic6 Pro

Seterusnya dilengkapi juga sensor telefoto periskop 180MP yang menyokong zum digital sehingga 100X. Turut digunakan pada peranti ialah cip Snapdragon 8 Gen 3, skrin melengkung 120Hz dan bateri jenis silikon karbon yang dibangunkan Honor sendiri.