Honor akan melancarkan peranti mercu baharu Magic7 Pro di Malaysia. Peranti ini membawakan inovasi terkini termasuk penggunaan cip pemprosesan generasi terkini Snapdragon 8 Elite. Selain turut menawarkan pengalaman mudah alih ke tahap yang lebih baik dengan gabungan teknologi AI yang canggih.

Setakat dimaklumkan, hanya model pro yang akan ditawarkan di Malaysia apabila peranti dilancarkan secara rasmi kelak. Selain itu ciri AI yang dipertingkatkan turut menjadi nadi utama peranti dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti. Antaranya ialah AI Deepfake Detection Technology, AI Magic Portal 2.0, AI Magic Avatar, AI Summary, AI Minutes, AI Format dan AI Interpreter. Bagaimanapun ciri dan spesifikasi rasmi untuk pasaran Malaysia hanya akan diketahui pada pelancaran rasminya 9 Januari 2025.

