HONOR Magic7 Pro Mampu Dedah ‘Scam’ Dalam Talian Menggunakan Teknologi AI Deepfake Detection

TechnologyDigital
30 Dec 2024 • 1:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

HONOR Magic7 Pro adalah telefon pintar pertama yang dilengkapi dengan teknologi pengesan pemalsuan wajah menggunakan kecerdasan buatan (AI Deepfake Detection).

Teknologi ini dapat mengesan dengan tepat sama ada individu yang melakukan panggilan video melalui WhatsApp, Messenger, atau WeChat menggunakan teknologi AI untuk mengubah wajah mereka.

Ia akan menilai beberapa elemen seperti pandangan mata, pencahayaan, kejelasan imej, dan ulangan video bagi mengenal pasti sebarang kecacatan yang mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Melalui pemeriksaan yang teliti, AI Deepfake Detection dapat mengesan dengan tepat kandungan yang telah dimanipulasi, membezakan antara media asli dan yang telah diubah suai untuk tujuan penipuan.

Sekiranya terdapat sebarang kejanggalan yang dikesan dalam masa tiga saat, HONOR Magic7 Pro akan segera memaparkan amaran pada skrin, sekali gus mengelakkan pengguna daripada terjebak dalam penipuan dan mewujudkan persekitaran komunikasi yang lebih selamat.

Penggunaan teknologi ini dalam HONOR Magic7 Pro seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bahaya penipuan yang melibatkan penyebaran video dan imej palsu atau deepfake yang dihasilkan menggunakan teknologi AI.

Dengan itu, teknologi pengesanan ini secara tidak langsung dapat memperkukuhkan perlindungan terhadap penipuan dan mengurangkan risiko kepada pengguna semasa menggunakan telefon pintar.

image is not available

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 week ago

Siapa Sangka Google Maps Mampu Bantu Polis Selesaikan Kes Pembunuhan Tahun Lalu?