Ditegur Isu Duet Dengan Arwah Suami Guna AI, Nora Ariffin Terima Dengan Hati Terbuka – “Saya Akan Lebih Berhati-Hati”

LocalEntertainment
22 Dec 2024 • 1:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin memberitahu dia menerima teguran dengan berlapang dada berhubung isu penggunaan video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) terhadap wajah Allahyarham suaminya, Johan Nawawi pada Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey, Rabu lalu.

Menurut Harian Metro, Nora berkata dia dan pasukannya akan lebih berhati-hati terhadap isu yang dibangkitkan.

image is not available

 

Saya ambil maklum teguran pihak tertentu berkaitan penggunaan video AI.

 

Insya-Allah saya dan pasukan akan lebih berhati-hati di masa akan datang. Terima kasih atas teguran itu.

Terdahulu, pendakwah bebas, PU Syed menegur Nora kerana perbuatan menghidupkan gambar tanpa tujuan baik dianggap tidak bertepatan dengan hukum syarak.

image is not available 3 days ago

Jelmakan Arwah Suami Dalam Teknologi 'AI', PU Syed Tegur Datuk Nora Ariffin - "Boleh Datang Aib, Tidak Dibenarkan Syarak"