HONOR MagicBook Art 14 (2025) – Prestasi Hebat Dalam Reka Bentuk Nipis

TechnologyLifestyle
3 Oct 2025 • 11:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bayangkan anda melangkah masuk ke sebuah kafe bergaya di tengah ibu kota. Di sekeliling anda, tersusun komputer riba berwarna kelabu dan hitam yang tampak seragam serta tidak menonjol. Anda duduk, membuka beg galas dan mengeluarkan HONOR MagicBook Art 14 (2025) dalam rona Mocha Brown yang kemas serta bergaya.

image is not available

Ketika itu, beberapa pandangan mula tertumpu. Bukan kerana penampilan tetapi disebabkan peranti yang anda keluarkan. Gabungan warna yang menarik dan rekaan yang kemas menjadikan HONOR MagicBook Art 14 (2025) pilihan yang sesuai untuk pengguna yang mementingkan gaya dan identiti diri. Tanpa perlu menonjol, anda nampak menarik dengan sentuhan berbeza.


Ringan Dan Nipis Tanpa Kompromi

HONOR MagicBook Art 14 2025 menarik perhatian dengan rekaan bergaya yang membentuk identiti tersendiri. Dengan berat sekitar 1kg dan ketebalan 1cm peranti ini mudah dibawa dan memberikan keselesaan sepanjang hari. Rona Mocha Brown yang elegan digabungkan dengan kemasan rapi bagi menyerlahkan gaya moden yang sesuai untuk pengguna yang menghargai penampilan.

image is not available

HONOR membina komputer riba ini menggunakan aloi magnesium dan papan kekunci titanium untuk memastikan ketahanan tanpa menjejaskan reka bentuknya yang ringan. Hasilnya, HONOR MagicBook Art 14 (2025) bukan sahaja tampil menarik secara fizikal malah memenuhi keperluan harian dengan fungsi yang seimbang dan praktikal.

image is not available


Kamera Boleh Tanggal Bukan Gimik

HONOR MagicBook Art 14 2025 pernah menetapkan penanda aras inovasi melalui kamera magnetik AI yang boleh ditanggalkan serta dilengkapi dengan kesan bokeh terbina. Inovasi ini bukan sekadar gimik tetapi satu revolusi yang memperkaya pengalaman rakaman secara menyeluruh.

image is not available

Tahun ini, ciri tersebut diteruskan pada model baharu dengan peningkatan yang lebih pintar dan responsif. Pengguna kini boleh merakam dari arah hadapan dan belakang tanpa perlu memusingkan peranti menjadikan proses rakaman lebih mudah dan efisien.

image is not available

Kamera pintar ini menjejak pergerakan subjek secara automatik dan memastikan kedudukannya kekal di tengah bingkai untuk rakaman yang stabil dan profesional. Teknologi AI Eye Contact pula membantu mengekalkan fokus visual walaupun arah pandangan berubah sekali gus memberikan kesan komunikasi yang lebih semula jadi.

image is not available

Dengan satu sentuhan, latar belakang menjadi kabur untuk melindungi privasi tanpa menjejaskan gaya menjadikan HONOR MagicBook Art 14 (2025) pilihan ideal untuk pengguna moden yang mementingkan fungsi dan penampilan.


Segalanya Terlihat Dengan Jelas

HONOR MagicBook Art 14 (2025) dilengkapi skrin OLED 14.6-inci beresolusi 3.1K dengan nisbah 3:2 yang direka untuk pengalaman paparan yang luas dan mendalam. Bezel nipis berukuran hanya 2.2mm pula menghasilkan nisbah skrin-ke-badan mencapai 97% sekali gus memberikan paparan yang hampir menyeluruh.

image is not available

Paparan ini bukan sekadar memukau malah dilengkapi teknologi PWM 4320Hz dan persijilan cahaya biru rendah TÜV Rheinland untuk memastikan keselesaan mata sepanjang penggunaan. Sama ada untuk kerja kreatif atau tugasan harian pengguna boleh menikmati visual yang jelas dan selesa tanpa rasa letih walaupun dalam sesi penggunaan yang berpanjangan.

image is not available

Warna Mocha Brown pada HONOR MagicBook Art 14 (2025) bukan sekadar pilihan tetapi satu kemasan moden yang bergaya. Selari dengan Pantone Color of the Year 2025 iaitu Mocha Mousse komputer riba ini hadir dengan tekstur licin yang tahan cap jari serta memberikan sentuhan mewah. Dalam dunia peranti yang kelihatan seragam, HONOR MagicBook Art 14 (2025) muncul dengan identiti tersendiri seperti secawan kopi premium yang bukan sahaja bergaya tetapi juga sarat dengan ciri eksklusif.


Naik Taraf Prestasi Menyeluruh

HONOR tidak berhenti di situ. Mereka terus mempertingkat prestasi komputer riba ini dengan CPU Intel Core Ultra 7 255H yang dilengkapi 16 teras dan kelajuan sehingga 5.1GHz. Ia dipadankan dengan memori 32GB RAM dan storan SSD 1TB PCIe 4.0 bagi memastikan prestasi pantas serta kapasiti luas untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna.

image is not available

Semua peningkatan ini ditawarkan tanpa sebarang kos tambahan. HONOR turut memperluas fungsi HONOR Share yang kini menyokong pemindahan fail antara HONOR MagicBook Art 14 (2025) dan peranti iOS. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi HONOR Connect untuk mula berkongsi dengan mudah merentasi ekosistem.

image is not available

HONOR MagicBook Art 14 (2025) dilengkapi bateri berkapasiti 60Wh yang mampu bertahan sehingga 13.2 jam untuk main balik video. Ini membolehkan pengguna menikmati penggunaan sepanjang hari tanpa gangguan. Selain itu teknologi pengecasan pantas 65W HONOR SuperCharge memastikan peranti sentiasa bersedia apabila diperlukan dan membantu menjimatkan masa mengecas.

image is not available

Untuk kawalan yang lebih mudah pad sentuh Magic Trackpad menawarkan pengalaman menyeluruh dengan sokongan ketukan jari bagi fungsi seperti tangkapan skrin, rakaman skrin, pelarasan kecerahan dan kelantangan audio sekali gus menjadikan penggunaan lebih mudah. Di samping itu, sistem audio enam pembesar suara yang dipadankan dengan teknologi pembatalan bunyi berasaskan AI bagi memastikan suara kekal jelas walaupun dalam suasana yang bising.

image is not available

HONOR MagicBook Art 14 (2025) bukan sahaja berkuasa malah menyokong ekosistem pintar melalui HONOR WorkStation dan teknologi Magic Ring. Pengguna boleh berkongsi papan kekunci dan tetikus antara peranti, menerima panggilan, melihat notifikasi, mengakses kamera telefon serta berkongsi rangkaian mudah alih dengan hanya satu klik.

image is not available

Fungsi Favourite Space pula membolehkan kandungan disimpan dan diselaraskan secara automatik untuk akses yang lebih mudah. Dengan HONOR Notes, pengguna boleh membuka nota daripada mana-mana peranti, menyunting teks dan menghasilkan kandungan dengan pantas. Semua ini menjadikan tugasan harian lebih teratur dan efisien.


Tersedia Sekarang Di Pasaran

HONOR MagicBook Art 14 2025 direka khas untuk pengguna yang mengutamakan gaya dan prestasi dalam satu peranti. Reka bentuk elegan dengan kemasan premium menyerlahkan identiti moden tanpa keterlaluan. Ia sesuai untuk mereka yang percaya bahawa peranti kerja harus sepadan dengan kualiti hasil kerja yang dihasilkan.

Dapatkan HONOR MagicBook Art 14 (2025) sekarang pada harga RM5999 di mana harga yang sama seperti sebelum ini, tetapi dengan spesifikasi yang jauh lebih mantap. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi HONOR Malaysia dan terokai pelbagai promosi serta barisan produk menarik daripada HONOR.

Penafian: Advertorial dari HONOR Malaysia

View Original Article