Honor MagicBook Art 14 Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM5,999

TechnologyDigital
5 Sep 2024 • 9:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Model terkini Honor MagicBook Art 14 turut memasuki pasaran Malaysia hari ini selepas pelancaran global di IFA 2024. Ia dijual pada RM5,999 dengan satu versi sahaja ditawarkan dengan CPU Intel Core Ultra 5 125H bersama GPU Intel Arc integrated graphics.

image is not available

image is not available

Spesifikasi lain komputer riba ini ialah skrin sesentuh 14.6″ OLED 3.1K dengan kadar segar semula 120Hz. Pilihan memori sebesar 32GB LPDDR5X dan storan dalaman 1TB SSD manakala bateri pula sebesar 60Wh yang menyokong pengecasan 66W. Bateri ini dikatakan mampu membekalkan kuasa sehingga 13 jam dengan sekali pengecasan.

image is not available

Satu lagi elemen menarik pada komputer riba ialah kamera web 1080P yang boleh ditanggalkan dan boleh diubah agar bersesuaian dengan situasi yang diinginkan seperti sesi telesidang berkumpulan. Pelbagai pilihan I/O juga diberikan yang termasuk Thunderbolt 4, HDMI 2.1-TMDS*1, USB-A 3.2 Gen1, USB-C dan bicu audio 3.5mm.