Honor MagicPad 4 Ialah Tablet Yang Hanya Senipis 4.8mm

TechnologyDigital
25 Feb 2026 • 7:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lalu kita melihat telefon lipat melalui era Ozempic dengan tubuh ultra nipis berbanding model-model terdahulu. Di MWC Barcelona tahun ini, Honor MagicPad 4 diumumkan dengan ia adalah sebuah tablet yang hanya senipis 4.8mm yang sedikit lebih tebal berbanding peranti lipat Magic V5 (4.2mm). Ia masih lebih nipis berbanding iPad Pro dan Galaxt Tab S11 Ultra yang masing-masing setebal 5.1mm.

image is not available

MagicPad 4 dilengkapi skrin 12.3″ OLED dengan kadar segar semula 165Hz yang menyokong stylus. Ini dipadankan dengan pemproses Snapdragon 8 Gen 5, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri 10,100 mAh.

Kamera belakang sebesar 13MP dan hadapan pula sebesar 9MP. Peranti menggunakan sistem operasi MagicOS 10 berasaskan Android 16. Sistem audio yang disertakan dilengkapi lapan speaker bagi memberikan pengalaman audio spatial. Walaupun telah diumumkan, pelancaran sebenar tablet nipis adalah pada Ahad depan maka harga belum lagi diketahui.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved