
Honor sekali lagi mencuri perhatian dengan cara unik untuk mempamerkan ketahanan telefon boleh lipat mereka. Jika sebelum ini model Honor Magic V3 digunakan dalam mesin basuh dan Honor Magic V5 pula diuji dengan mengangkat sofa kini mereka muncul dengan demonstrasi lebih ekstrem melalui Honor Magic V6.

Dalam video promosi terbaharu, Honor menghantar seorang pempengaruh ke Thailand untuk melakukan aktiviti zipline. Bukan dengan telefon disimpan di poket tetapi telefon itu sendiri digunakan sebagai alat pengikat pada tali zipline.

Honor menjelaskan bahawa Magic V6 kelak bukan sahaja menonjol dari aspek kekuatan engsel malah turut memperkenalkan Advanced Display Protection yang memberikan ketahanan lebih baik terhadap penggunaan harian serta skrin dalaman yang dilapisi kaca UTG. Selain itu, ia hadir dengan lapisan anti-pantulan yang mampu mengurangkan kadar pantulan mencapai 1.5% untuk menjadikannya antara yang lebih baik dalam industri.

Lebih menarik, Magic V6 akan dilengkapi dengan penarafan IP68 dan IP69, yang menjadi peningkatan daripada IPX9 pada Magic V5 sebelum ini. Gabungan ini menjadikan Magic V6 kelak lebih diyakini untuk kegunaan harian dalam pelbagai keadaan.
Joe Weller is about to jump… and the only thing between him and gravity is a HONOR Magic V6's hinge.
— HONOR (@Honorglobal) February 24, 2026
Will both the hinge and Joe survive?
Stay tuned. pic.twitter.com/QWbfUrN499


