Honor Menjanjikan Kemaskini Android Selama 7 Tahun Untuk Siri Honor Magic

TechnologyDigital
2 Mar 2025 • 11:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor hari ini berkongsi beberapa perkembangan semasa syarikat mereka, termasuk menyentuh berkenaan penawaran kemaskini sistem operasi untuk peranti-peranti dibawah keluaran mereka.

Jikalau sebelum ini Honor menjanjikan kemaskini selama 4 versi sistem operasi Android, hari ini bersempena MWC, Honor dilihat mengemaskini janji mereka, dan mengatakan akan menawarkan kemaskini selama 7 tahun untuk siri Honor Magic.

image is not available

Honor mengatakan akan menawarkan kemaskini selama 7 tahun untuk sistem operasi Android, dan juga kemaskini sekuriti. Dengan langkah ini, ia dilihat akan menarik minat pengguna yang inginkan kelapangan minda berkenaan berapa lama tempoh sokongan untuk peranti yang dibeli mereka.

Honor akan memulakan sokongan ini bermula model Honor Magic 7 Pro.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved