Xiaomi hari ini mengambil pentas utama bersempena MWC 2025, sekaligus memperkenalkan beberapa penawaran mereka untuk pasaran global. Selari dengannya juga, kini Xiaomi mengumumkan kemaskini sistem operasi akan datang kepada sejumlah peranti keluaran mereka, iaitu Xiaomi HyperOS 2.
Xiaomi HyperOS 2 menyertakan ciri baharu seperti sokongan Xiaomi HyperAI, dan juga sokongan seperti kebolehan integrasi bersama ekosistem Apple.

Siri Xiaomi 15 akan hadir bersama Xiaomi HyperOS 2 secara terbina. Beberapa peranti lain telah turut mula menerima kemaskini HyperOS 2, termasuk MIX Flip, Xiaomi 14T Pro, Xiaomi 14T, Xiaomi 14 Ultra dan Xiaomi 14.
Bermula Mac ke Jun 2025 kelak, telefon dibawah siri Redmi akan menerimanya, bermula Redmi 14C, Redmi A3 Pro, Redmi Note 14, Redmi Note 14 Pro. Peranti lain dibawah Xiaomi seperti siri Xiaomi 13, Xiaomi 12 dan Mi 11 turut akan menerima kemaskini ini berperingkat menjelang Mei 2025.
Bagi anda yang menggunakan peranti Xiaomi, boleh menyemak sokongan kepada peranti anda, dan menantikan kemaskini ini diperkenalkan kepada peranti anda.
