Honor Pad 8 merupakan tablet yang memfokuskan kegunaan umum yang sesuai digunakan untuk belajar, bekerja atau bermain. Ia juga telah dilancarkan di Malaysia tahun lalu dengan harga jualan RM1399 yang menawarkan membawakan gabungan memori 8GB RAM dan storan 128GB.

Terbaharu Honor dilihat hadir dengan variasi memori dan storan lebih besar untuk tablet ini. Ia kini boleh didapati dalam pilihan 8GB/256GB yang dijual pada RM1,499. Ketersediaan adalah bermula 18 Ogos akan datang dengan hadiah percuma berupa aksesori papan kekunci bernilai RM299 diberikan bersama.

Honor Pad 8 dilengkapi dengan skrin IPS LCD sebesar 12″ yang juga menyokong resolusi 2K. Ini digabungkan lagi dengan cip Snapdragon 680 sebagai tunjang utama. Seterusnya bateri pula sebesar 7250mAh yang juga menyokong sistem pengecasan 22.5W. Turut melengkapi tablet ini adalah kamera 5MP yang digunakan di hadapan dan belakang.
