Honor Pad X9: Diperkasa cip Snapdragon 685 4G, ada 6 speaker dan bateri besar 7,250mAh

Digital
21 Jul 2023 • 9:58 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Ketika majlis pelancaran siri Honor 90 yang baru sahaja berlangsung, Honor tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan sebuah tablet terbaru iaitu Honor Pad X9. Ia merupakan kemaskini daripada model Honor Pad X8 terdahulu dan membawakan beberapa naik taraf pada bahagian skrin, prestasi, serta kapasiti bateri yang lebih besar.

Harga dan promosi Honor Pad X9

Di Malaysia, Honor Pad X9 boleh didapati orang ramai bermula 25 Ogos 2023, sebulan dari sekarang. Hanya satu varian yang ditawarkan untuk Honor Pad X9 dan harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:

Honor Pad X9 LTE (RAM 4GB + storan 128GB) – RM1,099

image is not available

Di samping itu, ada hadiah menarik yang bakal menanti setiap pembeli Honor Pad X9 iaitu sebuah sarung papan kekunci bernilai RM299. Tapi terhad sementara stok masih ada.

Spesifikasi Honor Pad X9

Tablet generasi terbaru ini diperkasa cip Snapdragon 685 yang menyokong rangkaian 4G LTE, bersama RAM 4GB dan storan 128GB. Ia menjalankan sistem operasi MagicOS 7.1 berasaskan Android 13.

image is not available

Naik taraf yang jelas pada model terbaru ini adalah pada bezel skrinnya. Ia kini jauh lebih nipis dan menawarkan skrin yang lebih luas. Skrinnya dipadankan dengan panel paparan jenis TFT LCD sebesar 11.5-inci dengan kadar penyegaran 120Hz pada resolusi 2000×1200.

image is not available

Di sistem pengimejan, ia dimuatkan satu kamera di belakang yang memakai sensor 5MP f/2.2. Bahagian hadapan juga memakai kamera 5MP f/2.2 sama yang diletakkan di dalam bezel skrin.

image is not available

Menghidupkan tablet adalah dari bateri berkapasiti 7,250mAh yang boleh dicas melalui port USB-C. Ciri lain yang ada termasuk 6 speaker di mengelilingi tablet dan menyokong sambungan Bluetooth 5.1 dan WiFi 5. Ia tersedia dalam satu pilihan warna iatu hitam.

Bacaan berkaitan