Honor Pad 9 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Cip Snapdragon 6 Gen 1

TechnologyDigital
22 Dec 2023 • 2:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor mengumumkan tablet baharu Pad 9 secara rasminya di China. Ia merupakan tablet kelas pertengahan yang boleh dijadikan alternatif untuk kegunaan kerja harian. Berkongsi lebih lanjut tablet ini mempunyai pilihan paparan dengan penapis matte bertujuan mengurangkan masalah silau. Ia juga melepasi pensijilan TÜV Rheinland untuk pencahayaan sinar biru yang rendah dan bebas kerlipan.

image is not available

Skrin adalah IPS LCD sebesar 12.1″ dengan resolusi 2.5K (2560 x 1600 piksel) dan kecerahan puncak 500nits. Tunjang utama pula menggabungkan cip Snapdragon 6 Gen 1, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bukan itu sahaja bateri 8300mAh juga dimuatkan dengan sokongan pengecasan 35W, sementara itu kamera pula terdiri dengan 13MP utama dan 8MP untuk swafoto.

image is not available

Pengalaman menulis dan melukis juga menjadi lebih menyeronokkan dengan sokongan Stylus, di samping sokongan suara untuk teks dan template terbina untuk lukisan. Lain-lain spesifikasi termasuk lapan pembesar suara, dua mikrofon, sokongan bluetooth 5.1 dan menjalankan MagicOS 7.2 (berasaskan Android 13).

image is not available

Harga jualan di China bermula RMB1599 (~RM1,036) untuk Pad 9 versi biasa seterusnya meningkat RMB1899 (~RM1,230) untuk Honor Pad 9 Soft Light Edition.