Honor Perkenal Dua Alat Suntingan Gambar AI Baharu di Cloud Next 2025

TechnologyDigital
16 Apr 2025 • 6:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada Mac lalu, Honor telah melancarkan Alpha Plan iaitu sebuah strategi korporat yang bertujuan untuk mentransformasikan syarikat daripada sekadar pengeluar telefon pintar kepada sebuah ekosistem peranti berasaskan kecerdasan buatan (AI).

image is not available

Sebagai sebahagian daripada pelan ini, Honor telah memperkenalkan AI Outpainting iaitu teknologi yang membolehkan pengguna mengembangkan gambar mereka sehingga dua kali ganda saiz asal dengan bantuan AI.

Teknologi ini menggunakan model Imagen daripada Google untuk menambah latar belakang dengan butiran yang realistik untuk hasil yang lebih semula jadi dan berkualiti tinggi. Selain itu, pengguna juga boleh merangka semula serta memutarkan gambar selepas menangkapnya, sekaligus membolehkan mereka menghasilkan komposisi yang lebih kreatif.

Selain itu, Honor turut memperkenalkan AI Eraser baharu yang membolehkan pengguna membuang objek yang tidak diingini daripada gambar mereka dengan hanya beberapa klik. Teknologi AI terbina memastikan kawasan yang dialih keluar diisi semula dengan butiran yang realistik dan sesuai mengikut konteks untuk lebih semulajadi. 

image is not available

Kedua-dua teknologi ini diumumkan semasa Persidangan Google Cloud Next 2025 di Las Vegas juga menandakan kerjasama erat antara Google dan Honor dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi. Honor turut memberi bayangan tentang produk baharu yang bakal dilengkapi AI lebih maju bagi menawarkan pengalaman pengguna yang lebih menarik.

CEO Honor, Fang juga mengesahkan bahawa syarikat itu telah bekerjasama secara mendalam dengan Google Cloud untuk membangunkan produk baharu yang dijadualkan tiba pada Mei 2025. Honor akan memanfaatkan Veo, iaitu teknologi penjanaan video daripada Google bagi menghasilkan pengalaman visual yang lebih realistik dalam mengekspresi pergerakan.