Honor Perkenal X9c 5G Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1,499

TechnologyDigital
5 Nov 2024 • 7:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor memperkenalkan telefon pintar baharu X9c 5G di Malaysia pada hari ini. Ia adalah peranti dengan fokus terhadap kemampuan untuk bertahan dalam pelbagai senario harian. Dalam masa sama sarat dengan spesifikasi kelas pertengahan dalam usaha menyediakan pilihan menarik buat pengguna.

image is not available

image is not available

Honor X9c menggunakan skrin OLED 1.5K sebesar 6.78-inci dan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 6 Gen 1 yang membolehkan rangkaian 5G digunakan pada peranti. Selain turut menawarkan memori 12GB RAM, storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1 dan perisian MagicOS 8.0 berasaskan Android 14. Malahan cukup praktikal dalam memudahkan urusan seharian melalui ciri berasaskan AI termasuk AI Eraser, AI Motion Sensing, Magic Capsule, Magic Portal, Parallel Space dan AI Blur Privacy.

image is not available

image is not available

image is not available

Sistem kamera utama dilengkapi sensor utama 108MP + 5MP Ultra-lebar dan swafoto sebesar 16MP. Bateri 6,600mAh digunakan boleh dicas melalui pengecasan pantas 66W dan port USB-C. Selain itu mempunyai pengimbas cap jari di skrin, pembesar suara stereo, NFC dan kalis air IP65M.

image is not available

image is not available

Harga jualan rasmi adalah bermula RM1499 dan RM1699 dengan pratempah dibuka bermula sekarang hingga 14 November 2024. Hadiah menarik bernilai RM1486 disediakan yang termasuk Honor Choice Haylou, jaminan gantian retak hadapan dan belakang selama setahun, polisi gantian peranti one-to-one selama 180 hari tanpa perlu membaiki peranti sedia ada dan jaminan bateri tiga tahun tanpa sebarang kos tambahan.

image is not available

image is not available